Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Friday, October 25, 2013

Muhasabah Diri: Tunaikanlah Solat Berjemaah

Muhasabah Diri:

Kita dapat lihat ketika Solat Sunat Eidilfitri / Eidiladha, penuh surau dan masjid orang datang melimpah sampai ke tangga dan tempat parking, tapi Solat WAJIB 5 waktu sehari semalam hanya 2,3 saf sahaja. Ada lagi teruk hanya imam dan bilal sahaja. Ada beberapa hadis, Nabi s.a.w. sebut tentang kelebihan solat berjemaah.


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada sembahyang yang lebih berat bagi orang munafiq (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada Solat Isyak dan Subuh. Kalaulah mereka tahu (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak". (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang Solat Isyak berjemaah, maka (pahalanya) seolah-olah dia telah qiam separuh malam, dan sesiapa yang Solat Subuh berjemaah, maka (pahalanya) seolah-olah dia telah qiam keseluruhan malam". (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi juga turut memberi ancaman seperti hadis daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah untuk menyuruh para sahabat mencari kayu api, lalu aku menyuruh merekan solat jemaah. Lalu, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tak pergi solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

p/s: Kalaulah Nabi tu hidup di zaman sekarang di negara kita ini, maka banyaklah titik-titik api di Malaysia nie... Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad...

1 comments:

Unknown said...

Baginda tidak solat jemaah la haritu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;