Berita ni saya dapat dari harakatdaily.net selepas beberapa hari saya jumpa dengan Dr. Johari Mat dan kawan-kawan dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan YM Tuan Zainal Abidin, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YAKIN) yang juga bekas DO Bachok dan timbalannya, En. Khairul (bekas DO Gua Musang). Mereka telah mengadakan lawatan rasmi ke universiti tempat saya belajar dalam rangka MOU dengan UIN SUSKA, Riau.
sambung kat bawah, sebelum tu layan berita ni dulu...
KOTA BHARU, 21 Jun: Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Datuk Dr Johari Mat (gambar) dipilih sebagai Anggota Dewan Negara (Senator) bagi menggantikan Senator Rosli Ibrahim bermula awal Julai ini.

Perlantikannya diumumkan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dalam Sidang Dun Kelantan semalam setelah ianya dicadangkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Cadangan itu disokong oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob dan mendapat sokongan Anggota Dewan Undangan Negeri yang lain selepas diundi.
Dr Johari Mat yang dilahirkan pada 28 April 1952, merupakan anak jati negeri Kelantan.
Johari ketika ditemui mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri kerana memilihnya menggantikan kekosongan itu.
Katanya, beliau akan membawa hasrat kerajaan negeri untuk membela nasib rakyat tanpa mengira kaum.
“Ianya adalah sebahagian asas yang dipertanggungjawabkan oleh setiap
pemimpin yang beragama Islam,” ujarnya.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan (1960 – 1961), kemudiannya ke Sekolah Menengah Arab Ihsan, Tanah Merah, Kelantan (1963 – 1969) dan seterusnya ke Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan (1970 –1971).
Beliau mendapat BA Syariah dan Undang-Undang di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan (1972 – 1975) dan seterusnya MA Usuluddin Universiti Imam Mohd Ibn Saud al-Islamiyyah, Riyadh, Saudi Arabia (1978 – 1982) (Pengkhususan : Akidah dan Aliran Pemikiran Semasa)
Beliau memperolehi Ph.D Usuluddin Universiti Imam Mohd Ibn Saud al-Islamiyyah, Riyadh, Saudi Arabia(1990 – 1994) (Pengkhususan: Akidah dan Aliran Pemikiran Semasa)
Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai tutor, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) 1976 – 1981
1981 - 1983 - Tutor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
1983 – 1999 - Pensyarah, Akademi Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
1999 - 2001 – Prof Madya, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur
2001 – 30/4/2003 - Prof Madya, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan.
Beliau juga pernah bertugas sebagai Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Malaya (1983 – 1985), Penyelaras Pendidikan Islam, Universiti Malaya (1984 – 1985).
Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Malaya (1985 – 1990)
Pemangku Ketua Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya (1987)
Ketua Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya (1996 – 1999).
Sumber: harakahdaily.net
Baiklah, sambung cerita yang kat atas tu tadi. Saya dapat maklumat dari kawan saya Sdr. Zubair yang mengatakan ada rombongan dari Kelantan datang ke UIN SUSKA. So, masa tu saya ada kuliah. Jadi saya datang lambat sikit ke Dewan Senat Rektorat untuk bersama rombongan ini. Bila sampai, tgk2 nk habis dah sesi MOU itu. Tapi alhamdulillah, dapat makan free...hehehe.
Saya dapat tahu, KIAS buat MOU dgn UIN SUSKA untuk S1 (degree) dan S2 (master) untuk fakulti Syariah dan Ilmu Hukum sahaja. Untuk fakulti lain mungkin belum lagi, masih di dalam perbincangan. Kerjasama ini turut di hadiri Konsul Malaysia di Pekanbaru, En.Zamani Ismail (ore kelate jugok). Kata En. Zamani, mahasiswa dari KIAS yang datang belajar di sini (3+1) akan disponsor penuh oleh YAKIN.
Jadi pada malamnya, saya dan beberapa anak-anak Kelantan di sini dijemput oleh Pak Konsul untuk makan malam dan beramah mesra dengan rombongan KIAS dan YAKIN. First time jumpa Dr. Johari Mat depan-depan. Subhanallah, sejuk hati melihat mukanya. Dengan senyuman dan kata-katanya yang lembut, buat saya tak jemu berborak dengan beliau. Sambil menyelam minum air. Saya dan kawan-kawan dapat berjumpa sendiri dengan Pengarah YAKIN. Jadi apa lagi, hantar proposal minta tajaan dan biasiswa lah. Katanya, "InsyaAllah, kami akan usahakan".
Setelah selesai makan, mereka pun nak balik ke hotel. Kami bersalam-salaman. Pesan Dr. Johari, "Ngaji sungguh la deh, balik nanti gi la jale drumoh".
Ya Allah, sebak dada ni. Pesanan seorang ulama' yang ringkas tapi amat berbekas di hati saya. Muliakanlah dia Ya Allah, dengan kemuliaan-Mu. Aku mohon Ya Allah, izinkanlah aku menimba dan mendalami sedikit dari ilmu-Mu agar ianya menjadi jalan menuju redha-Mu sepertimana yang telah Engkau berikan kepada orang-orang yang berilmu sebelumku dan Engkau muliakan mereka sesudahnya...:'(

2 comments:
Zubair mana tu..hehe
Muhammad Zubair bin Samsidi la mana lg. huhuhu:)
Post a Comment