MANCHESTER: Akhirnya, Manchester City dinobatkan juara Liga Perdana
Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas
Queens Park Rangers di depan penyokong sendiri, sebentar tadi.
Skuad bimbingan Roberto Mancini buat pertama kalinya untuk tempoh 44 tahun menjulang Piala EPL selepas mencatatkan kemenangan dalam perlawanan penutup liga musim ini.
Skuad bimbingan Roberto Mancini buat pertama kalinya untuk tempoh 44 tahun menjulang Piala EPL selepas mencatatkan kemenangan dalam perlawanan penutup liga musim ini.
Di sebalik kemenangan 1-0 Manchester
United ke atas Sunderland beberapa minit sebelum itu, jaringan penyerang
Argentina, Sergio Aguero pada masa kecederaan melakarkan detik bersejarah buat
penyokong Manchester City di Stadium Etihad.
“The
Citizens” bergelar juara EPL musim ini berdasarkan perbezaan jaringan yang
memihak kepada kepada Manchester City sehingga ke perlawanan terakhir liga.
SUMBER: AP/Premierleague.com
0 comments:
Post a Comment