Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Monday, July 2, 2012

Kajian Hadis Tentang Bulan Sya’ban

Sya’ban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dalam Islam. Terdapat kata yang menyerupai asal kata sya’ban (ش، ع، ب) iaitu شَعْبٌ، شِعْبٌ،شُعْبَةُ.
Sya’bun = Suku Masyarakat
Syi’bun = Jalan atau lorong dicelah-celah bukit
Syu’batun = Cabang-cabang

Apa kaitannya? Sebuah suku atau bangsa yang bertambah dan bertambah sehingga menjadi sebuah masyarakat yang besar atau sebatang pohon yang banyak ranting-rantingnya. Begitulah juga dengan bulan Sya’ban kerana di dalamnya terdapat banyak cabang-cabang keberkatan dan keutamaan.

Hadis Pertama
Diambil dari Sunan Nasa'i (Juz 4/ hlm. 201).
Datang seorang sahabat bernama Usamah Bin Zaid r.a. berjumpa dengan Rasulullah s.a.w lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, aku tak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan lain sebanyak di bulan Sya’ban. Ada apa dengan bulan ini ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab,

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَب وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعُ عَمَلِيْ وَأَنَا صَائِمٌ

“Itulah bulan yg banyak manusia lalai darinya. Bulan itu terletak diantara bulan Rejab dan bulan Ramadhan, dimana pada bulan itu amalan diangkat kepada Tuhan Semesta Alam dan aku suka amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa”.

(Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ahmad 5/201, Ibnu Abu Syaibah 2/347, Ath-Thahawy dalam Syarah Ma’any Al-Atsar 2/82, Al-Baihaqy dalam Syu’bul Iman 3/377 dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah 9/18).

Sehingga satu ketika Allah bertanya kepada malaikat. “Hai, malaikat. Ketika engkau mengangkat amalan hambaku ini, apa yang dia sedang lakukan?”. Malaikat jawab “Ya Allah, hamba-Mu ini sedang berpuasa”.

Kenapa Allah bertanya? Apakah Allah tak tahu? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui… Allah bertanya bukan kerana tidak tahu, akan tetapi kerana ingin banggakan manusia dihadapan malaikat.

“Lihatlah malaikat, dulu ketika Aku nak ciptakan manusia kamu complain, tak setuju. Kamu katakan:

اَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُّفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَآءَ
Untuk apa Ya Allah Engkau ciptakan mereka? Mereka ini akan membuat kerosakkan dan mereka akan menumpahkan darah (saling bunuh-membunuh)”. (Surah Al-Baqarah, ayat 30)

Kamu lihat pada bulan ini wahai malaikat, ketika kamu mengangkat amalan hamba-Ku ini dia sedang bepuasa”.

Kenapa puasa? Kenapa tidak solat ke zakat ke ataupun haji? Kerana puasa adalah salah satu amalan yang paling dicintai oleh Allah s.w.t. Sehinggakan Allah menisbatkan puasa itu pd dirinya. Apa kata Allah?

الصوم لى وانا أجزي به
Puasa itu untukku, Aku memberikan balasan (pahala) untuknya”.

Kata Ibnu Rajab rahimahullah, Nabi s.a.w telah menyebutkan bahawa ramai manusia yg lalai di bulan Sya'ban adalah krn bulan Sya'ban berada diantara bulan haram (Rejab) dan bulan mulia (Ramadhan). Jadi manusia sibuk pada 2 bulan tersebut sehingga bulan Sya'ban dilupakan krn mereka menyangka bahawa puasa di bulan Rejab lebih afdhal dari puasa di bulan Sya'ban krn bulan Rejab adalah bulan haram. Sebenarnya bukanlah begitu.

Para ulama' telah memetik hikmah yg terdapat pd hadis di atas. Pertama, Nabi s.a.w byk berpuasa di bulan sya'ban dikala orang lain melupakan bulan tersebut dan beliau sgt suka amalan yg dilakukan diangkat pd bulan tersebut tatkala beliau sedang berpuasa. Kedua, ia adalah sebagai persedian menghadapi bulan Ramadhan. Sesuai dgn doa Nabi "Ya Allah, berkatilah kami di bulan rejab dan sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan".

Hadis Kedua
Berkaitan dengan persaksiaan dari Aisyah r.a.

Hadis ini terdapat dalam Sahih Muslim dan Sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah, isteri Nabi. (Status hadis Muttafaqun ‘Alaih, iaitu hadis yang terdapat dalam Sahih Muslim dan Sahih Bukhari ini disepakati kesahihannya dan tidak ada ikhtilaf diantara ulama’ bahkan darjat hadis yang paling tinggi menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah hadis Muttafaqun ‘Alaih)

Kata Aisyah r.a.:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُ حَتَّى نَقُوْلُ لاَ يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُوْلُ لاَ يَصُوْمُ
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaksanakan puasa hingga kami sangka dgn berkata beliau tidak akan berbuka, dan ketika beliau berbuka/tidak puasa hingga kami sangka dgn berkata beliau tidak akan berpuasa”.

Apa maknanya? Begitu nampaknya Nabi banyak berpuasa di bulan Sya’ban sehingga disangka puasa, tetapi tak puasa dan disangka tidak puasa ternyata Nabi akan puasa.

Aisyah r.a melanjutkan lagi:

فَمَا رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلاَّ رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامً مِنْهُ فِيْ شَعْبَانَ

Saya tak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan kecuali di bulan Ramadhan dan saya tak pernah melihat Nabi s.a.w berpuasa lebih banyak dari bulan Sya’ban”.

Maksudnya, Aisyah r.a membandingkan puasa Nabi s.a.w di bulan Ramadhan dengan bulan Sya’ban. Jadi, jika mengikut turutan, Nabi berpuasa penuh sebulan itu adalah pada bulan Ramadhan kemudian kedua yang terbanyak adalah puasa di bulan Sya’ban.

Dalam Sahih Muslim diriwayat dari Aisyah r.a.:

كان رسول الله (ص) يصوم شعبان كله إلاّ قليلا
Nabi melaksanakan puasa di bulan sya’ban itu semuanya kecuali sedikit”.

Kata ulama’ makna ( ( كله di situ bukan bererti Nabi berpuasa penuh satu bulan dari awal sampai akhir tetapi sebahagian besar dari bulan Sya'ban. Seolah-olah seperti keseluruhan dari bulan Sya’ban.

Kesimpulannya, terdapat 2 hadis iaitu ucapan dari Nabi sendiri (Hadis Qauli) dan hadis perbuatan Nabi yang dilihat oleh Aisyah r.a. (Hadis Fi’li). Maka, hadis-hadis ini sempurna kekuatannya untuk dijadikan dalil hukum. Oleh sebab itu, kita sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w yang ingin mendapatkan syafaatnya adalah dengan mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Nabi:

فعليكم بسنتي و سنة الخلفاء الراشدين المهديين، عضوا عليه بالنواجذ
Hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa Ar-Rasyidin orang-orang mendapat hidayah setelahku. Gigitlah ia dengan geraham kamu (berpegang teguh dgn sunnah Nabi)

Maka, berpegang teguhlah dengan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w iaitu memperbanyakkan amal di bulan Sya’ban tidak hanya dibatasi dengan berpuasa sahaja. Amal ini secara kesuluruhan sama ada amal badan mahupun amal harta seperti banyak berzikir dan selawat, sedekah, menolong orang, menyantuni anak-anak yatim dan faqir miskin dan sebagainya dalam sarana mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan menjadi bekal di akhirat nanti dengan melaksanakan amalan yang baik di bulan yang baik. InsyaAllah, ameen. Wallahua’lam...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;