Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Friday, March 11, 2011

Tsunami Melanda Jepun

Jepun dilanda tsunami setinggi empat meter (13 kaki) ekoran daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala richter yang berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun. Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus, New Zealand. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.
Berikut adalah gambar dan video kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun hari ini.

Kalau menurut berita, kejadian tsunami impak daripada gempa bumi Jepun mungkin tidak akan sampai ke Malaysia. Bagaimanapun, tidak salah untuk berjaga-jaga. Mereka yang tinggal berhampiran pantai terutama di Utara Sabah perlu sentiasa berhati-hati.
Gambar-gambar kesan daripada gempa bumi dan tsunami di Jepun boleh dilihat di entri: Kesan Tsunami Di Jepun (Gambar)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;