KAUM lelaki turut tertarik dengan kisah poligami yang disiarkan beberapa minggu lalu termasuk saya. Namun jangan pula salah sangka, saya bukannya berpoligami atau merancang nak madukan isteri, tetapi sekadar memberi pandangan kerana salah besar kalau anda fikir semua lelaki suka berpoligami.
''Sebenarnya saya tabik pada sesetengah lelaki yang berpoligami, kerana mereka betul-betul mahir, berani, pintar, petah bercakap, pandai merancang dan banyak lagi. Kepada suami yang lurus memang tidak berani berpoligami walaupun dalam hati berkemungkinan ada niat ke arah itu''.
''Sebenarnya saya tabik pada sesetengah lelaki yang berpoligami, kerana mereka betul-betul mahir, berani, pintar, petah bercakap, pandai merancang dan banyak lagi. Kepada suami yang lurus memang tidak berani berpoligami walaupun dalam hati berkemungkinan ada niat ke arah itu''.
sekadar gambar hiasan
"Bab pertama paling besar mematikan hasrat kami nak berpoligami, masalah kewangan. Saya memang tak mampu. Tapi ada kawan cadangkan mengapa jadi bodoh cari saja gadis atau wanita berkemampuan, berpangkat dan berkedudukan, pasti dia ada wang, maka masalah tak mampu tadi boleh diselesaikan. Pasti wanita tadi boleh bantu".
"Tetapi saya fikir satu bab lagi, gadis yang kita nikahi itu pasti hendakkan anaknya sendiri menjadi warisnya. Bab ini lagi berat, sebab bila usia dah meningkat bolehkah saya bangun tengah malam, bergilir jaga anak yang menangis, meragam atau buatkan susu anak, tukar lampin, cuci najis dan lainnya.
Mengandung
"Itu belum masuk bab hantar isteri pergi ke klinik setiap bulan semasa mengandung dan sekali lagi selepas bersalin. Bawa bayi pergi buat suntikan setiap bulan atau pemeriksaan lain jika demam dan sebagainya. Takkan saya nak suruh isteri muda itu pergi sendirian sambil kelek anak yang masih kecil. Tambah segan bila hantar anak ke sekolah rendah, waktu itu orang sebaya kita dah bergelar datuk hantar cucu ke sekolah kita pulak masih hantar anak. Nanti takut tersilap anak kita pun panggil kita datuk kerana terikut kawan-kawan".
''Sekarang anak bongsu saya dah 14 tahun, tak payah nak uruskan apa pun. Saya nak jalan dengan isteri ke mana pun senang, tak ada masalah tinggalkan dia dengan abangnya. Mereka saling membantu. Jadi mengapa saya perlu menyusahkan diri nak kahwin lagi? Bak kata orang tua-tua, kalau tak ada beban mengapa batu nak digalas?".
Demikianlah cerita Hafizi (bukan nama sebenar) dalam e-melnya.
0 comments:
Post a Comment