Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Monday, May 28, 2012

MB Kelantan Lancar Kelab Memanah Sekolah YIK

YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah melancarkan Kelab Memanah Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 24 Mei 2012 yang lalu. Majlis Pelancaran berkenaan diadakan di Dataran Maahad Muhammadi Lelaki mulai jam 10 pagi. Beliau dalam ucapan perasmiannya mengajak agar kita semua kembali berpegang kepada ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan gunakan kesempatan memanah untuk memanah unsur-unsur buruk dalam diri dan juga menjadikan sebagai wasilah mendekatkan diri dengan Tuhan dengan memanah syaitan dalam solat tahajjud dan doa.

Dalam majlis yang sama YAB Menteri Besar menyampaikan peralatan sukan berkenaa kepada 8 buah sekolah iaitu, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz al-Qur’an wal Qiraat Pulai Condong, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas, Maahad Amir Indera Petra, Maahad Muhammadi Tumpat, dan SMU(A) Tarbiah Mardhiah Panchor. YAB Menterti Besar juga mempamerkan kemahiran memanah dengan menyempurnakan gimik perasmian berkenaan.
 
 
 
foto kredit to En.Zamani@KelantanTV

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;