Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Wednesday, December 8, 2010 0 comments

Kerajaan Peruntukkan RM6 bilion Untuk Kapal Peronda TLDM


Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pembinaan kapal peronda berkenaan akan memberi anjakan ekonomi berikutan ia dapat memberi faedah kepada 632 syarikat vendor yang merupakan rakan strategik Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd dalam menjayakan projek tersebut.

"Justeru itu kita akan pastikan sekurang-kurangnya RM2 bilion daripada peruntukan tersebut dapat dinikmati manfaatnya oleh 632 buah syarikat tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis  taklimat industri bagi projek berkenaan di Lumut hari ini.

Katanya beliau sendiri akan memantau projek berkenaan dan memastikan semua pihak mendapat manfaat serta tidak timbul masalah kelewatan pembayaran kepada pihak vendor.

Beliau berkata BNS Sdn Bhd telah membuktikan bahawa syarikat itu kini setanding dengan syarikat lain di dunia apabila sebelum ini menempa kejayaan membekalkan beberapa buah kapal peronda generasi baru untuk kegunaan armada TLDM.

Pada 28 Dis lepas, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memaklumkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada BNS Sdn Bhd untuk membina enam kapal peronda di bawah program SGPV yang akan bermula pada tahun 2012.

Beliau berkata penambahan enam buah kapal peronda itu akan mengurangkan kekangan aset yang dihadapi TLDM selepas menyerahkan 17 kapalnya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari tahun 2005 hingga 2006.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kerajaan mensasarkan kawasan persisiran pantai Lumut-Bagan Datoh di sini akan menjadi  limbungan pembinaan kapal bertaraf dunia dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang.

Katanya industri pertahanan termasuk industri perkapalan amat berpotensi di rantau Asean dan menjana pendapatan sebanyak US$25 bilion setahun.

"Jika kita berjaya menarik sekurang-kurangnya 20 peratus daripada perbelanjaan pertahanan ke dalam negara, sebanyak US$5 bilion atau  RM15 bilion dapat dijana dan dinikmati oleh syarikat di negara ini," katanya.

Katanya kerajaan sedang giat melaksanakan usaha bagi menarik sebanyak mungkin projek berasaskan industri pertahanan termasuk pembinaan kapal ke Malaysia.

- Bernama
Sunday, November 28, 2010 0 comments

Keutamaan Menangis Di Saat Membaca Al-Qur'an


Menangis di saat berzikir dan membaca Al-Qur’an adalah sifat dari orang-orang yang arif dan syi’ar hamba-hamba Allah yang solih. Sebagaimana Allah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka segera tunduk sambil bersujud dan mereka berkata: “Maha Suci Tuhan kami; sesungguhnya janji Tuhan kami pasti terlaksana” Dan mereka segera tunduk bersujud sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’. ” (Al-Isra: 107- 109)

Imam Al-Qurthubi berkata tentang firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala (yang artinya):

"Dan mereka segera bersujud sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’."

Dalam hal ini Allah berlebihan dalam menyifatkan mereka sekaligus pujian buat mereka dan merupakan hal yang wajar bagi setiap muslim yang
Saturday, November 13, 2010 4 comments

Bila Isteri Dah...

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini...

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak-anak. Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, karier, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik."

p/s: Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok, bukan sebuah hiburan semata-mata dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah. Terimalah isteri / suami anda seadanya.

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda dan jadikanlah kelemahannya itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah..." -pesanan untuk diri sendiri dan kpd semua yg baca ni-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;