
Pihak lelaki selalu menjadi objek untuk menyampaikan perintah menundukan pandangan, akan tetapi jarang terdengar hal itu disampaikan khusus kepada kaum Hawa, dan pada kenyataannya bahawa perintah menundukan pandangan adalah berlaku atas lelaki dan wanita dengan nilai hukum yang sama.
Allah berfirman:
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
Artinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya...." (Surah An-Nuur: 31)
Setelah ayat di atas turun, maka perintah menundukan pandangan berlaku atas semua umat Islam baik lelaki ataupun wanita.
p/s: Jangan ingat lelaki sahaja yang wajib menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara maksiat, wanita pun diletakkan dalam hukum yang sama. Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman. Renung-renungkan dan selamat beramal...:)
0 comments:
Post a Comment