Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Friday, April 29, 2011

Berdoalah Wahai Hamba Allah!

Kita sentiasa berdoa tapi masih tak dimakbulkan lagi? Kenapa? Mungkin juga sebab kita berdoa tak kena pada tempat atau masanya. Di bawah ni saya kongsikan info mengenai waktu-waktu yang paling sesuai atau waktu yang paling mustajab untuk kita berdoa.

Mudah-mudahan, bila kita berdoa pada waktu yang mustajab ini, doa kita akan mudah dimakbulkan oleh Allah Ta’ala. InsyaAllah...

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika i'tidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat. Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat. Ada pendapat doa diantara 2 khutbah pada solat Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Mudah-mudahan doa kita akan dimakbulkan Allah Ta’ala. InsyaAllah, Ameen...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;