Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Monday, April 18, 2011

Kenapa Nak Kena Baca Al-Quran Sedangkan Kita Tak Faham?

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya,

“Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan kalau saya faham sekali pun saya akan lupa balik bila saya tutup Al-Quran ni. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?”


Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,

“Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan Atuk seguni air.”

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu bocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata.

“Kamu hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,”

dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.

Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi.

Orang tua itu berkata, “Atuk tak nak sebaldi air, Atuk nak seguni air. Kamu tak cukup kuat mencubanya.”

Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih bocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong.

“Meletihkan”, katanya. “Tengok! Tak ada hasilnya”.

“Jadi kamu fikir ianya tidak berguna?” Atuk tu bertanya.

Orang tua itu berkata lagi, “Tengok la guni itu.”

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah.
Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

“Cucuku, itulah yang akan berlaku jika kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila kamu membacanya, kamu akan berubah dengan sendirinya, dalaman dan luaran".
Subhanallah...itulah kurniaan Allah swt dalam kehidupan orang-orang yang beriman. Jadikanlah amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan kita sehari-harian. Cuba fahami makna dan isi yang di sampaikan Allah swtwalaupun tak semuanya. Kemudian translatekan dalam kehidupan kita. Kalau  tak dapat semua, jangan tinggal semua. Tak gitu?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;