Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Wednesday, October 5, 2011

6 Tips Panjang Umur

Sekarang ni, tak ramai orang yang boleh hidup sampai umur 100 tahun. Penelitian terbaru menyebutkan perbandingannya hanya satu dari enam orang yang mampu mencapainya.

Orang yang sampai umur seabad, menurut penelitian, adalah mereka yang memiliki pola hidup yang sihat, seperti menjalani diet dan mengekalkan kesihatan yang baik.
Ok, apakah Anda juga nak hidup sampai umur 100 tahun lebih?

Memelihara ANJING Atau Kucing
Bungi mcm sensitif je kan. Orang yang memelihara anjing atau kucing menikmati hidup lebih lama dan sihat dibandingkan mereka yang tidak memeliharanya, demikian menurut ahli psikologi dari Queen's University, Belfast. Diperkirakan haiwan peliharaan dapat membantu kita menangani stress yang berat. Peneliti Amerika Syarikat juga menemukan hanya dengan membelai anjing atau kucing, maka tekanan darah akan turun sebanyak 10% sehingga kembali normal.

Selain itu, dengan memelihara anjing atau kucing, maka Anda tentu akan sering mengajaknya jalan-jalan di tempat terbuka. Dengan demikian, Anda melakukan olahraga sekaligus untuk menurunkan kolestrol.

Pengalaman saya tinggal di kalangan masyarakat di Indonesia, rata-rata yang memelihara anjing biasa ramai dari kalangan yang beragama Budha, Kristian dan ada juga sedikit yang memelihara anjing dari kalangan orang-orang Islam sendiri. Apa alasan mereka? Mereka kata nak umur panjang. Saya jadi pelik. Sambung mereka lagi, “Kalau bela anjing malaikat tak masuk rumah. Jadi malaikat takut mau ambil nyawa kita”. Cerdik Dalam Bodoh...


Banyak Bergerak
Semakin sedikit waktu yang Anda habiskan untuk duduk, maka semakin lama jangka waktu hidup Anda. Sebuah kajian di USA menemukan bahawa wanita yang menghabiskan waktu hanya untuk duduk lebih dari enam jam sehari, risiko kematian prematur meningkat sampai 37% bila dibandingkan dengan mereka yang duduk kurang dari tiga jam.

Posisi duduk memperlambat metabolisma tubuh, yang pada akhirnya dapat menyebabkan kegemukan. Tapi bila Anda bangun setiap setengah jam, dapat mengurangkan effect buruk dari duduk lama-lama, kata Profesor Stuart Biddle, seorang ahli psikologi olahraga di Loughborough University.

Menikah (Suke je dengar bab ni)
Para ilmuwan di Warwick University menemukan bahawa lelaki dan perempuan yang menikah, risiko mengalami kematian di waktu muda akan menurun, dibandingkan mereka berstatus bujang.

"Ini terjadi kerana mereka menjadi lebih bahagia setelah menikah. Lalu perasaan tenang dan tenteram juga meningkat. Sehingga mereka akan lebih releks dalam menjalani hidup,” kata Dearbhla McCullough, seorang ahli psikologi di Roehampton University, London.

Rajin Ke Tempat Ibadah
Bagi ummat Islam khususnya lelaki sewajibnya 5 waktu solat berjemaah di masjid. Begitu juga yang beragama Kristian, Budha mahupun Hindu, menghadiri ibadah setidaknya sekali seminggu boleh membantu Anda untuk hidup lebih lama. Hal ini diungkapkan oleh psikiatri di Duke University Amerika Syarikat. Sebab, mereka akan cenderung untuk menghindari rokok dan minum keras. Sebaliknya, mereka akan meningkatkan kesihatan dengan olahraga (berjalan) dan mempertahankan pernikahan sentiasa bahagia serta berkomunikasi dengan Tuhan menjadikan hati lebih tenang. Sesuai dengan firman Allah “Hanya dengan mengingati Allah, jiwa pasti akan tenang” – Surah Ar-Ra’d, ayat 28.

Dermawan
Menjadi orang kaya atau setidaknya berkemampuan pasti hidupnya dibebankan dengan kerisauan menjaga harta kekayaan mereka. Walaupun begitu, sebaiknya Anda jangan sampai tergila-gila dengan kekayaan, kerana ia tidaklah membawa apa-apa manfaat di akhirat kelak yakni tempat sebenar kita hidup kekal abadi. Cukuplah dengan apa sahaja yang Allah rezekikan pada kita dengan mengatakan “Cukuplah bagi kami ini Ya Allah, Engkaulah sebaik-baik tempat (kami) serahkan segala urusan”. Apabila orang yang tingkat hidupnya itu yakin dengan rezeki yang diberikan Allah, mereka tidak terlalu dibebani perasaan stress dan sebagainya. Akan tetapi, jangan pula kita malas untuk mencari rezeki, kerana rezeki itu datangnya dari sedekah. Bagaimana nak sedekah kalau tak ada duit? Maka usaha mencari pekerjaan yang halal dan diredhai Allah.

Berpikir Positif
Dari kajian yang dilakukan di Belanda terhadap 1000 lelaki dan wanita yang berusia diantara 65 hingga 85 tahun, diketahui bahawa mereka yang selalu positif tentang masa depan, hubungan sosial dan akhlak yang baik, kemungkinan peratusan kematian di usia muda  lebih rendah sehingga 55%.
p/s: Kematian itu suatu yang pasti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;