Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikan berbanding keburukan jika kita berkahwin di usia muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.
Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetengah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin muda tu, tandanya memang ‘gatal’ sangat lah tu.
Tengoklah! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.
Usah risau, Allah pasti akan menjanjikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan perintahNya dengan penuh ikhlas. Kalau berkahwin muda ni, boleh hindarkan diri dari maksiat dan melakukan dosa-dosa.
Bukankah lebih baik bernikah daripada bermaksiat? [sekadar gambar hiasan] |
Ok, habis tentang sesi pembuka kata dari saya untuk post kali ini. Tujuan utama saya ialah ingin kongsikan artikel pada minggu ini berkenaan bagaimanakah atau apakah cara-cara yang boleh anda cuba amalkan untuk meyakinkan ibu bapa anda dan dalam masa yang sama ibubapa pasangan anda juga jika anda berhajat ingin kahwin muda.
- Anda perlulah memiliki akhlak dan sahsiah diri yang baik dan sopan. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda ibubapa pasangan anda.
- Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.
- Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup 5 waktu sehari semalam dan tepat pada waktunya, rajin membaca al-Quran dan berpelakuan tenang dalam apa jua situasi.
- Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah swt.
- Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau dihujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menggangu prestasi pelajaran anda!
- Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga yang pertama. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulahg anda letakkan rumahtangga anda di tempat pertama. insyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tanggungjawab masing-masing.
- Tanggungjawab sebagai suami isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
- Nyatakan secara spesifik kepada ibubapan anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara hidup ketika anda sudah kahwin kelak.
- Bawalah pasangan anda dan ibubapanya ke rumah anda untuk makan malam bersama keluarga anda dan untuk saling kenal dan mengenali lebih dekat lagi.
- Akhir sekali berbincanglah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitive.
Ish2, kecik2 dah kahwin, melampau betul... [sekadar gambar hiasan] |
Wah, banyak juga kan perkara yang perlu diambil kira sebelum ank kahwin muda. Ini baru sebelum kahwin, belum lagi selepas kahwin. Tapi takpe, jangan risau, yang penting anda terus mencari ilmu dan belajar ilmu-ilmu rumahtangga serta banyakkan berdoa. insyaAllag perkahwinan anda mampu bertahan.
Sumber: http://kursusperkahwinan.com/
0 comments:
Post a Comment