Kita sentiasa berdoa tapi masih tak dimakbulkan lagi? Kenapa? Mungkin juga sebab kita berdoa tak kena pada tempat atau masanya. Di bawah ni saya kongsikan info mengenai waktu-waktu yang paling sesuai atau waktu yang paling mustajab untuk kita berdoa.
Mudah-mudahan, bila kita berdoa pada waktu yang mustajab ini, doa kita akan mudah dimakbulkan oleh Allah Ta’ala. InsyaAllah...
1. Ketika hujan.
2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)
4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)