Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Friday, May 10, 2013

Beberapa Keutamaan dan Bid’ah di Bulan Rejab (Bhg. 1)



Solat Khusus di Bulan Rejab.
عن أنس عن النبي -صلى الله عليه وسلم- أنه قال: "ما من أحد يصوم يوم الخميس (أول خميس من رجب) ثم يصلي فيما بين العشاء والعتمة يعني ليلة الجمعة اثنتي عشرة ركعة ، يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب مرة و((إنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ القَدْرِ)) ثلاث مرات، و((قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ)) اثنتي عشرة مرة ، يفصل بين كل ركعتين بتسليمة ، فإذا فرغ من صلاته صلى عليّ سبعين، فيقول في سجوده سبعين مرة: (سبوح قدوس رب الملائكة والروح) ، ثم يرفع رأسه ويقول سبعين مرة: رب اغفر وارحم وتجاوز عما تعلم ، إنك أنت العزيز الأعظم ، ثم يسجد الثانية فيقول مثل ما قال في السجدة الأولى ، ثم يسأل الله (تعالى) حاجته ، فإنها تقضى".. قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: "والذي نفسي بيده ، ما من عبد ولا أَمَة صلى هذه الصلاة إلا غفر الله له جميع ذنوبه ، ولو كانت مثل زبد البحر ، وعدد الرمل ، ووزن الجبال ، وورق الأشجار ، ويشفع يوم القيامة في سبعمئة من أهل بيته ممن قد استوجب النار"
Dari Anas, dia berkata: “Tidaklah seseorang yang melaksanakan puasa pada hari Khamis (pertama di bulan Rejab), kemudian ia melaksanakan solat antara Isya’ dan al-‘Atamah iaitu pada malam jumaat sebanyak 12 rakaat, dalam setiap rakaat membaca al-Fatihah satu kali dan al-Qadar tiga kali dan al-Ikhlash 12 kali, setiap 2 rakaat dipisah dengan salam. Setelah solat, berselawat 70 kali, dalam sujud diucapkan: “Maha Suci Allah Tuhan para malaikat dan roh”. Kemudian mengangkat kepalanya dan mengucapkan sebanyak 70 kali: “Ya Allah ampunilah, kasihilah, maafkanlah apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Agung dan Mulia”. Kemudian sujud yang kedua mengucapkan kalimah yang sama pada sujud pertama. Kemudian memohonkan apa yang dia inginkan kepada Allah. Maka Allah akan mengabulkannya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang hamba laki-laki dan perempuan melaksanakan solat ini melainkan Allah mengampuni semua dosanya, meskipun sebanyak buih di lautan, sebanyak pasir, seberat bukit dan sebanyak daun kayu. Ia dapat memberikan pertolongan (syafaat) pada hari kiamat kepada tujuh ratus keluarganya yang wajib masuk neraka”.

Pendapat ulama tentang hadis ini:
قال النووي: "هي بدعة قبيحة منكرة أشد إنكار ، مشتملة على منكرات ، فيتعين تركها والإعراض عنها ، وإنكارها على فاعلها"( (فتاوى الإمام النووي ، ص 57.
Imam an-Nawawi berkata: “Perbuatan ini bid’ah, tidak baik, munkar, sangat munkar, mengandung perkara-perkara mungkar. Mesti ditinggalkan dan ditolak. Pelakunya diingkari”. (Fatawa al-Imam an-Nawawi, hal. 57).

Sembelih Haiwan Khusus di Bulan Rejab.
والرجبية: شاة كان العرب في الجاهلية يذبحونها في رجب، فيأكل منها أهل البيت، ويطبخون، ويطعمون.

والعتيرة: أول ولد للناقة أو الشاة، يذبح، ويأكله صاحبه، ويطعم منه. وقيل: إنها الشاة التي تذبح في رجب، وفاء لنذر، أو إذا أنتجت الشاة عشراً، فتذبح واحدة منها.
Rajabiah: Kambing yang disembelih masyarakat jahiliah di bulan Rejab, dimasak, dimakan bersama keluarga dan diberikan kepada orang lain.
‘Atirah: Anak kambing pertama yang disembelih, dimakan bersama keluarga dan diberikan kepada orang lain. Pendapat lain mengatakan: ‘Atirah adalah kambing yang disembelih di bulan Rejab untuk memenuhi nazar, atau jika ada 10 ekor kambing, maka disembelih salah satunya. (al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuhu, Syeikh Wahbah az-Zuhaily: 4/284).

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « لاَ فَرَعَ وَلاَ عَتِيرَةَ » . وَالْفَرَعُ أَوَّلُ النِّتَاجِ ، كَانُوا يَذْبَحُونَهُ لَطِوَاغِيتِهِمْ ، وَالْعَتِيرَةُ فِى رَجَبٍ
Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah s.a.w., beliau bersabda:
“Tidak boleh (haram) melakukan Fara’ dan ‘Atirah”. Al-Fara’ adalah: menyembelih haiwan yang pertama lahir yang disembelih untuk berhala-berhala. Al-‘Atirah adalah sembelihan di bulan Rejab. (Hadis Riwayat Bukhari).
‘Atirah: haiwan yang disembelih pada 10 hari pertama di bulan Rejab disebut juga dengan Rajabiyah.
قال الحسن: "ليس في الإسلام عتيرة ، إنما كانت العتيرة في الجاهلية ، كان أحدهم يصوم ويعتر"( لطائف المعارف ، ص 227.).

Imam al-Hasan al-Basri berkata: “Tidak ada ‘Atirah dalam Islam. ‘Atirah hanya ada di zaman Jahilliah, salah seorang dari mereka berpuasa dan menyembelih haiwan sembelihan”. (Latha’if al-Ma’arif, hal. 227).

 ‘Umrah di Bulan Rejab:
فَقَالَ عُرْوَةُ أَلاَ تَسْمَعِينَ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ إِلَى مَا يَقُولُ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ فَقَالَتْ وَمَا يَقُولُ قَالَ يَقُولُ اعْتَمَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- أَرْبَعَ عُمَرٍ إِحْدَاهُنَّ فِى رَجَبٍ. فَقَالَتْ يَرْحَمُ اللَّهُ أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَا اعْتَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِلاَّ وَهُوَ مَعَهُ وَمَا اعْتَمَرَ فِى رَجَبٍ قَطُّ.
‘Urwah berkata: “Wahai Ummulmukminin (Aisyah r.a.), apakah engkau tidak mendengar apa yang dikatakan Abu Abdirrahman?”.
Aisyah berkata: “Apa yang dia katakan?”.
‘Urwah menjawab: “Dia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. melaksanakan umrah empat kali, salah satunya di bulan Rejab”.
Aisyah menjawab: “Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada Abu Abdirrahman, tidaklah Rasulullah s.a.w. melaksanakan umrah melainkan dia bersamanya. Rasulullah s.a.w. tidak pernah melaksanakan umrah di bulan Rejab”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Zakat di Bulan Rejab
وقال ابن العطار: "وما يفعله الناس في هذه الأزمان من إخراج زكاة أموالهم في رجب دون غيره من الأزمان لا أصل له ، بل حكم الشرع أنه يجب إخراج زكاة الأموال عند حولان حولها بشرطه سواء كان رجباً أو غيره"( المساجلة بين العز وابن الصلاح ، ص 55.).
Ibnu al-‘Aththar berkata:
“Apa yang dilakukan orang banyak pada zaman sekarang ini; mengeluarkan zakat harta di bulan Rejab, tidak di bulan lain, ini tidak ada dalilnya. Syariat Islam menetapkan hukum wajib menunaikan zakat harta ketika telah sampai Haulnya ketika cukup syaratnya, apakah di bulan Rejab maupun di bulan yang lain”.
(al-Musajalah Baina al-‘Izz wa Ibn Solah, hal. 55).

Ziarah.
Ziarah kubur pada hari Kamis pertama di bulan Rejab. Ini tidak ada dalilnya dari al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Peristiwa Besar di Bulan Rejab.
قال ابن رجب: "وقد روي أنه كان في شهر رجب حوادث عظيمة ، ولم يصح شيء من ذلك ، فروي أن النبي ولد في أول ليلة منه ، وأنه بعث في السابع والعشرين منه ، وقيل في الخامس والعشرين ، ولا يصح شيء من ذلك..."( لطائف المعارف ، ص233.).
Ibnu Rajab berkata:
“Diriwayatkan bahawa di bulan Rejab terdapat banyak peristiwa besar, riwayat ini tidak sahih. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. lahir di malam pertama bulan Rejab. Rasulullah diangkat menjadi Rasul pada 27 Rejab, ada pula yang mengatakan pada 25 Rejab. Riwayat-riwayat ini tidak sahih”. (Latha’if al-Ma’arif, hal. 233).

Kesimpulan al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani:
قال ابن حجر: "لم يرد في فضل شهر رجب، ولا في صيامه ، ولا في صيام شيء منه معين، ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه.. حديث صحيح يصلح للحجة،وقد سبقني إلى الجزم بذلك الإمام أبو إسماعيل الهروي الحافظ، رويناه عنه بإسناد صحيح، وكذلك رويناه عن غيره"( تبيين العجب فيما ورد في فضل رجب ، لابن حجر ، ص6 ، وانظر: السنن والمبتدعات للشقيري ، ص125.)
Al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata:
“Tidak terdapat riwayat yang sahih tentang keutamaan bulan Rejab, baik tentang puasa di bulan Rejab mahupun hari tertentu, demikian juga tentang Qiyamullail khusus di bulan Rejab. Tidak ada hadis khusus yang layak dijadikan dalil. Imam Abu Isma’il al-Harawi al-Hafizh telah lebih dahulu dari saya mengemukakan pendapat yang kuat dalam masalah ini. Kami riwayatkan dari beliau dengan sanad yang sahih. Demikian juga kami riwayatkan dari ulama lain selain beliau”.
(Tabyin al-‘Ajab fi ma Warada fi Fadhl Rajab, Ibnu Hajar, hal.6; as-Sunan wa al-Mubtadi’at, hal.125).

(bersambung)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;