KUALA LUMPUR, 28 April — Pentadbiran Datuk Seri Najib
Razak akan menjadi perhatian dunia hari ini apabila rakyat Malaysia
berhimpun sekali lagi untuk menguji komitmen kerajaan berkenaan
perubahan demokrasi, beberapa bulan sebelum pilihan raya.
Penganalisis dan pemimpin politik pembangkanh berkata Najib (gambar)
harus menangani Bersih 3.0 dengan lebih cermat berbanding perhimpunan
sebelumnya menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 9 Julai tahun
lalu.
Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishammuddin Rais berkata kepada The Malaysian Insider bahawa media antarabangsa mula hadir acara petang itu, cubaan ketiga Bersih menuntut pembaharuan pilihan raya.
Sehubungan itu, keganasan terhadap orang awam yang berhimpun di
jalanan hari ini akan menjadi tajuk hangat antarabangsa yang menunjukkan
kekurangan kebebasan umum di Malaysia.
“Tiada siapa yang ingin melihat gambar orang awam dipukul pihak
polis. Bagi kerajaan, sekiranya polis jalankan tanggungjawab sebagai
pelindung, episod ini akan berlalu,” kata Ibrahim Suffian, pengarah
penyelidik bebas Merdeka Centre.
Baca selanjutnya DI SINI...
Sumber: The Malaysian Insider
0 comments:
Post a Comment