BANDA ACEH - Anggota-anggota polis
pencegah maksiat di sini melakukan rondaan dengan menaiki trak dan kenderaan
lain bagi memastikan penduduk beragama Islam tidak melakukan perbuatan yang
menyalahi ajaran agama itu.
Mereka akan menghampiri pasangan yang dilihat
berdua-duaan dan memberi nasihat kepada mereka supaya pulang ke rumah.
Aceh merupakan sebuah wilayah di Indonesia yang
menguatkuasakan undang-undang syariah.
Terdapat 1,000 anggota polis itu yang dikenali sebagai
Wilayatul Hisbah di sini.
Pada minggu lalu, seorang wanita memakai tudung dengan
tergesa-gesa manakala satu pasangan kekasih yang menaiki motosikal beredar di
sebuah kawasan di tepi pantai apabila melihat anggota-anggota peronda Wilayatul
Hisbah menghampiri mereka.
Namun, satu pasangan kekasih lain yang bersembunyi di
belakang sebuah batu besar ditahan oleh anggota-anggota polis itu.
"Adakah kamu sudah berkahwin?" soal seorang
anggota polis tersebut yang bermisai tebal.
Pasangan kekasih itu kemudian menggelengkan kepala
mereka.
"Perbuatan ini tidak dapat diterima di Aceh. Kita
mempunyai undang-undang syariah di sini. Pergi pulang sekarang," kata
anggota polis tersebut selepas memeriksa kad pengenalan pemuda dan gadis itu. -
AFP
p/s: Sy rasa negara kita pun patut contohi nilai-nilai murni seperti di Aceh. Tapi sayang...:(
0 comments:
Post a Comment