Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Saturday, March 17, 2012

Hadis: 3 Bahagian Zalim

Hadis yang diambil dari Musnad At-Thoyalisi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Status Hadis: Hasan.
 
عن أنس ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
الظلم ثلاثة: فظلم لا يتركه الله ، وظلم يغفر ، وظلم لا يغفر،
فأما الظلم الذي لا يغفر فالشرك لا يغفره الله،
وأما الظلم الذي يغفر فظلم العبد فيما بينه وبين ربه،
وأما الذي لا يترك فقص الله بعضهم من بعض.

Dari Anas bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Zalim itu ada tiga: zalim yang tidak dibiarkan Allah, zalim yang diampuni dan zalim yang tidak diampuni. Adapun yang zalim yang tidak diampuni adalah syirik, Allah tidak mengampuninya. Adapun zalim yang diampuni adalah zalim antara hamba dan Tuhannya. Adapun zalim yang tidak dibiarkan, Allah menetapkan hukum balas diantara mereka (sesama manusia)".

Siapa Anas bin Malik?
Ketika Nabi s.a.w menetap di Madinah. Ramai org yg datang untuk melihat wajah baginda dan memberi hadiah. Ada seorang perempuan bernama Ummu Sulaim juga tidak terlepas dr ingin memberikan hadiah kpd baginda. Tapi dia xpunya apa2 krn miskin. Lalu dia menghadiahkan kpd Nabi anak lelakinya bernama Anas Bin Malik utk menjadi pembantu Rasulullah. Pada waktu itu beliau br berumur 8 tahun. Sebahagian riwayat mengatakan 10 thn. Kemudian, nabi mengusap kepalanya dan memeluknya lalu berdoa utk Anas bin Malik "Allahumma aktsaru maalahu wa waladahu". Krn itu Anas adalah diantara sahabat yg kaya dan ramai anak. Abu Hurairah ada menyebut "Aku tidak pernah melihat org yg mirip solatnya spt solat Nabi melainkan Ibnu Sulaim (Anas bin Malik)". Setelah Nabi wafat... begitu kasihnya Anas pd baginda sehingga dia berkata "Tidak pernah aku tinggalkan 1 malam pun tanpa melihat org yg paling aku kasihi". Maksudnya, Anas bin Malik setiap malam melihat Rasulullah di dlm mimpinya. Allahu Akbar!!! Anas bin Malik meninggal dunia pada tahun 93H pd usianya 103 tahun.

Hadis ini menceritakan perihal org2 yg zalim. Di dlm bhs arab 'zhalim' adalah pelaku kezaliman@org yg menyakiti. Sedangkan 'zhulmu' adalah perbuatan zalim itu sendiri dgn kata lain meletakkan sesuatu perkara bukan pd tmptnya. Lawannya adalah ADIL.

1. Zalim Yang Tidak Diampuni adalah syirik kpd Allah yakni mempersekutukan Allah@menyamakan Allah dgn sesuatu yg lain drpd Allah samaada manusia, matahari, bulan, bintang, binatang, batu2 dsb. Cth: Jika memohon pertolongan selain dr Allah, spt mohon kpd dukun@jin, maka itu syirik. Maka dosa syirik, tidak dpt diampunkan.

2. Zalim Yang Diampunkan Allah adalah zalim yg berlaku antara hamba dgn Allah. Cth: Allah bg kita mata, utk melihat perkara kebaikan, tp kita melihat perkara kemungkaran. Maka zalim. Byk lg, spt telinga, tgn, kaki, hati, harta, lidah dan byk lg. Maka dosa zalim ini Allah diampunkan Allah dgn syarat memohon ampun pd-Nya dgn taubat nasuha. InsyaAllah, diampunkan dosa2 itu.

3. Zalim Yang Tidak Dibiarkan yaitu Allah menetapkan hukum balas (Qisas) diantara manusia. Tidak dapat diampunkan Allah ttp ia dapat ditebus dgn org yg dizalimi itu. Di dalam situasi ini Allah contohkannya didalam Al-Quran (Surah Al-Baqaran, ayat 178). Cth: Seseorang dilukai, maka wajib melukai org yg melukakannya. Tp, jika dia meminta maaf atau ingin memaafkannya, maka maafkanlah dia dgn cara yg baik.

4. Cth lain dlm perbuatan zalim spt caci maki, membunuh, merogol, makan harta org lain dan sbgainya, jika tidak sempat memohon maaf didunia, maka ia akan dituntut diakhirat krn Allah tidak boleh mengampuni org yg berbuat zalim melainkan org yg dizalimi itu sndiri memaafkannya. Di akhirat, dosa itu akan ditebus dgn amal2 kebajikan dan pahala ibadah yg dilakukan oleh org yg zalim akan diberi kpd org yg dizalimi dan jika tidak cukup dgn itu, maka dosa org yg dizalimi akan diambil oleh org yg zalim utk menampung kezaliman yg telah dilakukannya di dunia. Jika dosa (org yg dizalimi) itu juga tidak dapat menampung kezaliman yg dilakukan (oleh org zalim), maka dia (org yg zalim) itu akan dicampakkan kedalam api neraka. Na'uzubillah min zalik.

Firman Allah: "Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia, akan tetapi manusia itulah yg menzalimi diri mereka sendiri" (Surah Yunus, ayat 44).


p/s: Semoga kita dijauhkan dari sifat zalim ini agar kehidupan kita mulia di sisi Allah dan murni dikalangan manusia. Ameen. Wallahua'lam...

SUMBER: Hadis ini adalah kutipan dari kuliah subuh di Masjid Akramunnas, Pekanbaru, Riau yang disampaikan oleh Ustaz Haji Abdul Somad, Lc.MA, Pensyarah di Fakulti Usuluddin, Universiti Islam  Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia. Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar, Mesir dan Ijazah Sarjana Universiti Dar Al-Hadis, Morocco dalam bidang hadis.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;