Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Sunday, August 21, 2011

Lailatul Qadar Malam Istimewa

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

Mungkin kita pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di kalangan masyarakat. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam fakta dan keyakinan yang batil tentang tanda-tanda lailatul qadar. Diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas tidak masuk akal. Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan kepada dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak ada dalil baik dari al-Quran mahupun hadist yang mendukungnya.

Lalu bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini? Nabi Muhammad s.a.w pernah mengkhabarkan kepada kita dalam beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, antaranya ialah:


1. Udara Dan Suasana Pagi Yang Tenang
Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
Lailatul qadar adalah malam yang tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari akan terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya Matahari Lemah Di Waktu Pagi
Dari Ubay bin Ka’ab r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar seperti bulan purnama” (HR Muslim)

3. Terbawa Dalam Mimpi
Seperti yang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

4. Bulan Nampak Separuh Bulatan
Abu Hurairoh r.a pernah berkata: “Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah s.a.w, beliau bersabda:
Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang kelihatan separuh terang.” (Hadist Riwayat Muslim)

5. Malam Yang Terang, Tidak Panas, Tidak Dingin, Tidak Ada Awan, Tidak Hujan, Tidak Ada Angin Kencang Dan Tidak Ada Yang Dilempar Pada Malam Itu Dengan Bintang
Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah s.a.w:
Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang dan syaitan tidak boleh keluar bersamaan dengannya pada malam itu“. (Hadits Riwayat Ahmad dan Hadits Riwayat at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang Yang Beribadah Pada Malam Tersebut Merasakan Lazatnya Ibadah
Hal ini sepertinya berbentuk peribadi. Hanya orang-orang yang mendapat hidayah daripada Allah s.w.t yang dapat merasainya. Mungkin juga orang yang sentiasa bangun pada waktu sepertiga malam (qiamulail) semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah akan merasa ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada rabb-Nya tidak seperti malam-malam yang lain.
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain dengan beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya diampunkan dosanya yang terdahulu”.

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan, maksudnya: "Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam beribadat pada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain".

Mungkin ini sedikit sebanyak panduan yang saya boleh kongsikan bersama. Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. InsyaAllah, Ameen...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;