Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Wednesday, August 31, 2011 0 comments

Selamat Menyambut Hari Raya Eidilfitri 1432 H

Allahu Akbar…
Allahu Akbar…
Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar…
Allahu Akbar Wa Lillaahilhamd...

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan-rakan  yang mengenali saya ataupun tidak serta seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah, akhirnya kita sama-sama dapat menyambut hari kemenangan ini setelah sebulan berpuasa yakni menahan lapar dan dahaga serta berjaya mengawal nafsu dari melakukan perkara yang  dilarang oleh Allah swt. Kita juga sama-sama dapat berkumpul bersama sanak saudara dan sahabat handai bukan untuk suka-suki tapi demi menjaga hubungan kekeluargaan dan silaturrahmi yang lahir atas kalimah Laa Ilaaha Illallaah...

Di sini saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang membaca artikel ini kalau la terdapat salah dan silap selama kita berkenalan sama ada diluar @ di alam maya ini.

Dengan itu saya menjemput sahabat-sahabat sekalian hadir ke rumah saya yang dah sedia terbuka pada bermula 1 syawal hingga 13 syawal ini. Selagi stok masih ada...Tapi dengan niat untuk bermaaf maafan dan mengeratkan silaturrahim. Kalau datang nak makan je lain kali boleh datang...hehehe:)

Meh nak berpantun sikit, kalau ada bran jawab laa...

Tumpah air kena lap,
Jatuh sampai bawah meja makan,
Kalau ada salah silap,
Harapnya sudi la dimaafkan.

Ada lagi nie...

Anak Pak Zakaria namanya Fathi,
Dia suka minum air dalam tin,
Selamat Hari Raya Eidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin...:)
Sunday, August 21, 2011 0 comments

Lailatul Qadar Malam Istimewa

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

Mungkin kita pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di kalangan masyarakat. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam fakta dan keyakinan yang batil tentang tanda-tanda lailatul qadar. Diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas tidak masuk akal. Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan kepada dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak ada dalil baik dari al-Quran mahupun hadist yang mendukungnya.

Lalu bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini? Nabi Muhammad s.a.w pernah mengkhabarkan kepada kita dalam beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, antaranya ialah:
Tuesday, August 16, 2011 0 comments

AWAS!!! Minuman Kopi Beracun!

Cuba semak betul-betul, apakah kopi yang anda minum tersenarai..?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Bunyi macam sedap je kan, tapi boleh membawa maut tu!!!

Yang disenaraikan ialah:
  • Cafe Abang Yes
  • Candi Gold
  • Candy 193
  • Extend Up Energy Drink
  • Extremen
  • Extrewomen
  • Goji Guarana
  • Goji Guarana Extra
  • Goji More
  • Goji Yumberry
  • Guara Cafe
  • HBW Ice Lemon Tea
  • Hotton Vitality Candy
  • Ie2 O
  • King Cappucino
  • Knight Cofee
  • Kolek Cafe Power Plus
  • Kopi Angguk
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
  • Kopi Pahlawan
  • Kopi Super Angguk
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
  • Maca Max, Macagin Ginseng Candy
  • Mentalk Candy
  • Nexus MXP
  • Night Cafe
  • Red Energizer Candy For Men
  • Royal Beverage Maqrifatun
  • sasanergy Drink
  • Trica Jus
  • Tri-Max
  • True SR,
  • vigor Candy
  • Vitca-F
  • Vitca-M
  • Winnie Beauty V1
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.
Berhati-hatilah dan sebarkan kepada semua orang disekeliling anda terutama golongan lelaki. Tak kiralah abah ke, abang ke, adik ke, pak sedara ke, sepupu lelaki sebelah ayah ke, sebelah mak ke, janji lelaki. Tapi perempuan pun harus tahu juga benda mana tahu kot2 teringin nak minum. Jadi belilah barangan yang disahkan oleh KKM dan Halal JAKIM. Sekian...
 Eksklusif Berita Harian@Hairan 14 Ogos 2011

Setarbak Kopi @ Starbucks Coffee???
Friday, August 5, 2011 0 comments

Kek Lapis Guna Mentega Ber-DNA Babi: Disaran Musnahkan & Samak Peralatan

Kek lapis guna mentega Golden Churn dimusnah
Pengusaha perlu samak peralatan sebelum buat kek baru

KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.

Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.

Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.


Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.

Daud berkata, proses menyamak mengambil masa kurang satu jam bergantung kepada saiz peralatan dan tidak menyebabkan kerosakan mesin pengusaha.

“Kita dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun apa boleh buat. Ini adalah hukum dan mereka bersalah jika terus menjual kek lapis mengandungi DNA babi. “Bagi pengusaha yang mempunyai banyak simpanan mentega jenama itu, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan bagi maklumat lanjut dan pada masa sama menukar mentega kepada jenama yang disahkan halal,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;