Riwayat Yang Sahih Tentang Bulan Rejab:
Firman
Allah s.w.t.:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ
عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ
“Sesungguhnya
bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah diwaktu
Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram”. (Surah at-Taubah, ayat 36).
Penjelasan
tentang bulan-bulan haram ini dijelaskan dalam hadis:
عَنْ أَبِى بَكْرَةَ عَنِ
النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ
كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ ، السَّنَةُ اثْنَا
عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا ، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ، ذُو
الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِى بَيْنَ
جُمَادَى وَشَعْبَانَ » .
Dari
Abu Bakrah, dari Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “Sesungguhnya waktu itu
berputar seperti bentuknya saat Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun
itu ada dua belas bulan, ada empat bulan diantaranya bulan-bulan haram, tiga
berurutan; Dzulqa’dah, Dzulhijjah dan al-Muharram. Dan bulan Rejab suku Mudhar
yang berada diantara bulan Jumada (al-Akhir) dan Sya’ban”. (Hadis Riwayat Bukhari).
عَنْ أَبِى السَّلِيلِ
قَالَ حَدَّثَتْنِى مُجِيبَةُ – عَجُوزٌ مِنْ بَاهِلَةَ – عَنْ أَبِيهَا أَوْ عَنْ
عَمِّهَا قَالَ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- لِحَاجَةٍ مَرَّةً
فَقَالَ « مَنْ أَنْتَ ». قَالَ أَوَمَا تَعْرِفُنِى قَالَ « وَمَنْ أَنْتَ ».
قَالَ أَنَا الْبَاهِلِىُّ الَّذِى أَتَيْتُكَ عَامَ أَوَّلٍ. قَالَ « فَإِنَّكَ
أَتَيْتَنِى وَجِسْمُكَ وَلَوْنُكَ وَهَيْئَتُكَ حَسَنَةٌ فَمَا بَلَغَ بِكَ مَا
أَرَى ». فَقَالَ إِنِّى وَاللَّهِ مَا أَفْطَرْتُ بَعْدَكَ إِلاَّ لَيْلاً. قَالَ
« مَنْ أَمَرَكَ أَنْ تُعَذِّبَ نَفْسَكَ مَنْ أَمَرَكَ أَنْ تُعَذِّبَ نَفْسَكَ
ثَلاَثَ مَرَّاتٍ صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ رَمَضَانَ ». قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ
قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. فَقَالَ « فَصُمْ يَوْماً مِنَ
الشَّهْرِ ». قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى.
قَالَ « فَيَوْمَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ ». قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى
أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « وَمَا تَبْغِى عَنْ شَهْرِ الصَّبْرِ
وَيَوْمَيْنِ فِى الشَّهْرِ ». قَالَ قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى
أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « فَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنَ الشَّهْرِ ». قَالَ
وأَلْحَمَ عِنْدَ الثَّالِثَةِ فَمَا كَادَ قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً وَإِنِّى
أُحِبُّ أَنْ تَزِيدَنِى. قَالَ « فَمِنَ الْحُرُمِ وَأَفْطِرْ ».
Dari
Abu as-Salil, dia berkata: “Mujibah –seorang perempuan tua dari negeri Bahilah-
meriwayatkan kepada saya, dari Bapanya, dari Bapa Saudaranya, dia berkata:
“Saya datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk suatu urusan. Rasulullah s.a.w.
bertanya: “Siapakah engkau?”.
Dia
menjawab: “Apakah engkau tidak mengenali aku?”.
Rasulullah
s.a.w. bertanya: “Siapakah kamu?”.
Dia
menjawab: “Saya adalah orang dari negeri Bahilah yang datang kepadamu setahun
yang lalu”.
Rasulullah
s.a.w. berkata: “Sesungguhnya engkau dahulu datang kepadaku, tubuhmu, raut
wajahmu dan bentukmu baik, apa yang terjadi padamu sehingga seperti yang aku
lihat saat ini?”.
Dia
menjawab: “Sesungguhnya saya, demi Allah, setelah bertemu denganmu saat itu
saya tidak pernah makan kecuali hanya pada malam hari saja”.
Rasulullah
s.a.w. bertanya: “Siapa yang memerintahkanmu menyiksa dirimu”. Rasulullah
s.a.w. nyatakan tiga kali. “Berpuasalah engkau di bulan kesabaran bulan
Ramadhan”.
Saya
katakan: “Saya mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah
s.a.w. berkata: “Berpuasalah satu hari dalam satu bulan”.
Saya
katakan: “Saya mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah
s.a.w. berkata: “Berpuasalah dua hari dalam satu bulan”.
Saya
katakan: “Saya mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah
s.a.w. berkata: “Engkau tidak mahu hanya puasa di bulan Ramadhan dan dua hari
dalam satu bulan”.
Saya
katakan: “saya mampu, saya ingin engkau menambahnya”.
Rasulullah
s.a.w. berkata: “Berpuasalah tiga hari dalam satu bulan”.
Beliau
berhenti pada yang ketiga, hampir saja saya katakan ‘Saya mampu, saya ingin
engkau menambahnya’, Rasulullah s.a.w. berkata:
“Berpuasalah
engkau di bulan-bulan haram, dan berbukalah”. (Hadis Riwayat Ahmad).
Menurut
Syeikh Syu’aib al-Arnauth status hadis ini Hasan li ghairih, sanad hadis ini
dha’if kerana status Mujibah majhul.
Rejab Bulan Perdamaian.
أَبو رَجَاءٍ
الْعُطَارِدِىَّ يَقُولُ كُنَّا نَعْبُدُ الْحَجَرَ ، فَإِذَا وَجَدْنَا حَجَرًا
هُوَ أَخْيَرُ مِنْهُ أَلْقَيْنَاهُ وَأَخَذْنَا الآخَرَ ، فَإِذَا لَمْ نَجِدْ
حَجَرًا جَمَعْنَا جُثْوَةً مِنْ تُرَابٍ ، ثُمَّ جِئْنَا بِالشَّاةِ
فَحَلَبْنَاهُ عَلَيْهِ ، ثُمَّ طُفْنَا بِهِ ، فَإِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَجَبٍ
قُلْنَا مُنَصِّلُ الأَسِنَّةِ . فَلاَ نَدَعُ رُمْحًا فِيهِ حَدِيدَةٌ وَلاَ
سَهْمًا فِيهِ حَدِيدَةٌ إِلاَّ نَزَعْنَاهُ وَأَلْقَيْنَاهُ شَهْرَ رَجَبٍ
Abu Raja’ al-‘Utharidi berkata: “Dahulu kami
menyembah batu, jika kami menemukan batu yang lebih bagus, maka batu itu kami
buang, kami ambil yang lebih bagus. Jika kami tidak menemukan batu, kami
kumpulkan tumpukan tanah, kemudian kami bawa kambing, kami perah susu kambing
di tempat itu, lalu kami mengelilinginya. Apabila masuk bulan Rejab, kami sebut bulan dilepasnya mata
(tombak dan panah). Kami tidak membiarkan tombak yang (hujungnya) ada besi dan
panah yang (hujungnya) ada besi melainkan kami melepasnya, kami membuangnya di
bulan Rejab”. (Hadis Riwayat Bukhari).
Lipat Ganda Pahala dan Dosa di Bulan-Bulan Haram.
قال ابن كثير رحمه الله
في تفسيره: (فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ) أي في هذه الأشهر المحرمة،
لأنها آكد، وأبلغ في الإثم من غيرها، كما أن المعاصي في البلد الحرام تضاعف، لقوله
تعالى: (وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ)
[الحج:25] .
وكذلك الشهر الحرام تغلظ فيه الآثام، ولهذا تغلظ فيه الدية في مذهب الشافعي وطائفة كثيرة من العلماء، وكذا في حق من قَتل في الحرم أو قتل ذا محرم، ثم نقل عن قتادة قوله: إن الظلم في الأشهر الحرم أعظم خطيئة ووزراً من الظلم في سواها، وإن كان الظلم على كل حال عظيماً، ولكن الله يعظم في أمره ما يشاء.
وكذلك الشهر الحرام تغلظ فيه الآثام، ولهذا تغلظ فيه الدية في مذهب الشافعي وطائفة كثيرة من العلماء، وكذا في حق من قَتل في الحرم أو قتل ذا محرم، ثم نقل عن قتادة قوله: إن الظلم في الأشهر الحرم أعظم خطيئة ووزراً من الظلم في سواها، وإن كان الظلم على كل حال عظيماً، ولكن الله يعظم في أمره ما يشاء.
Imam
Ibnu Kasir berkata dalam kitab Tafsirnya ketika menafsirkan ayat “Janganlah
kamu berbuat zalim di bulan-bulan itu”, maksudnya adalah di bulan-bulan haram,
kerana dosa di bulan-bulan haram itu lebih berlipat ganda dibandingkan dengan
di bulan-bulan lain, sebagaimana balasan perbuatan maksiat yang dilakukan di
tanah haram dilipatgandakan berdasarkan firman Allah: “Dan siapa yang bermaksud di
dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, niscaya akan Kami rasakan kepadanya
sebahagian siksa yang pedih.”.
(Surah al-Hajj, ayat 25).
Demikian
juga halnya dengan bulan haram, balasan dosa-dosa diperkuat di dalamnya, oleh
sebab itu tebusan diyat (tebusan pembunuhan) yang dilakukan pada bulan-bulan
haram dilipatgandakan, menurut mazhab Syafi’i dan sekelompok ulama. Demikian
juga dengan orang yang membunuh di tanah haram atau membunuh orang yang masih
ada hubungan mahram. Diriwayatkan dari Qatadah: “Sesungguhnya perbuatan zalim
di bulan-bulan haram itu adalah dosa yang sangat besar bila dibandingkan dengan
bulan-bulan lain, walau dimanapun dilakukan, bila waktu perbuatan zalim itu dilakukan,
ia tetap besar (dosanya), akan tetapi Allah s.w.t. memperbesar perkara-Nya
sesuai kehendak-Nya”.
p/s:
Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepada kita semua untuk melakukan amal
saleh dan menjauhi semua perbuatan zalim di bulan Rejab yang merupakan bulan
haram ini, amin ya Rabbal’alamin.
- Ringkasan dari Kuliah Subuh di Masjid Akramunnas, Pekanbaru, Riau oleh Ustadz Abdul Somad, (Dosen Fakultas Ushuluddin UIN Suska, Riau) pada 19 Mei 2012.
- Ringkasan dari Kuliah Subuh di Masjid Akramunnas, Pekanbaru, Riau oleh Ustadz Abdul Somad, (Dosen Fakultas Ushuluddin UIN Suska, Riau) pada 19 Mei 2012.