Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Tuesday, November 22, 2011

Indonesia vs Malaysia: Final Sea Games 2011


Malaysia dan Indonesia terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Perlawanan agak perlahan mungkin kerana keadaan padang yang kurang baik.

Gunawan meletakkan Indonesia didepan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 kemudiannya menerusi tandukan sambil baring Asrarudin Putra pada minit ke-35 sehinggalah masuk ke babak masa tambahan.

Kemenangan ditentukan dalam drama adu penalti dan Malaysia menang 5-4 menerusi jaringan Mahali Jasuli, Fandi Osman, Fadzli Sas dan Badrol Bakhtiar. Amat mengecewakan tendangan penalti dari Fakri Saarani dapat dibaca oleh penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.
Suatu perjuangan yang begitu berbaloi. Malam tadi pasukan bola sepak kita akan pulang ke tanah air menggunakan kapal terbang charter khas, untuk memberikan mereka peluang berehat selama dua hari sebelum meneruskan cabaran kelayakan Olimpik London menentang Syria pada hari Khamis nanti.

Beberapa jam sebelum perlawanan bermula, pemain skuad bawah 23 tahun negara terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki diserang oleh penyokong Indonesia ketika cuba memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno.
Biarpun polis turut mengiringi bas skuad Malaysia itu namun mereka gagal mengawal tindakan ganas ribuan penyokong Indonesia yang menanti di pintu masuk stadium itu sebelum perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea berlangsung.

Turut mengalami nasib yang sama, sebuah lagi bas yang memuatkan penyokong Malaysia dan wakil media yang berada di belakang.

Difahamkan skuad negara membuat keputusan untuk tidak menaiki Barracuda ke stadium kerana pihak penganjur memberi jaminan keselamatan namun sebaliknya yang berlaku.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan itu, ribuan penyokong Indonesia berbaju merah mengetuk bas skuad negara dengan menggunakan kayu sambil ada di antara mereka mengejek dan menunjukkan isyarat lucah.

Setelah hampir sejam terkandas barulah bas pasukan Malaysia dan penyokong berjaya memasuki stadium dengan selamat.

p/s: Apapun tahniah buat pasukan Harimau Malaya. Kami rakyat Malaysia amat bangga dengan pencapaian itu.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;