Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Thursday, June 30, 2011 0 comments

Baju Kuning Jadi Sasaran Polis

Polis terus mengasak penyokong BERSIH 2.0 dengan menangkap mereka yang berpakaian kuning, termasuk dua lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak.

Ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (baju kuning) dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning. Lee mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu pada jam 9 pagi. Wakil rakyat PKR itu terus digari dan diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.

"Saya tidak memakai kemeja 'T' BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,” katanya ketika dihubungi. Lee juga berkata beliau tidak mengedarkan sebarang risalah atau membawa sebarang sepanduk ketika itu. Menurutnya, polis memaklumkan kepadanya beliau ditangkap mengikut Akta Polis bagi menghalang perhimpunan haram.
Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH. Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Sudahlah...Bersaralah".

Sumber: Malaysiakini.com
Wednesday, June 22, 2011 2 comments

Dr Johari Mat Sebagai Senator Dan Saya...

Berita ni saya dapat dari harakatdaily.net selepas beberapa hari saya jumpa dengan Dr. Johari Mat dan kawan-kawan dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan YM Tuan Zainal Abidin, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YAKIN) yang juga bekas DO Bachok dan timbalannya, En. Khairul (bekas DO Gua Musang). Mereka telah mengadakan lawatan rasmi ke universiti tempat saya belajar dalam rangka MOU dengan UIN SUSKA, Riau.

sambung kat bawah, sebelum tu layan berita ni dulu...

KOTA BHARU, 21 Jun: Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Datuk Dr Johari Mat (gambar) dipilih sebagai Anggota Dewan Negara (Senator) bagi menggantikan Senator Rosli Ibrahim bermula awal Julai ini.

Perlantikannya diumumkan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dalam Sidang Dun Kelantan semalam setelah ianya dicadangkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cadangan itu disokong oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob dan mendapat sokongan Anggota Dewan Undangan Negeri yang lain selepas diundi.

Dr Johari Mat yang dilahirkan pada 28 April 1952, merupakan anak jati negeri Kelantan.

Johari ketika ditemui mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri kerana memilihnya menggantikan kekosongan itu.

Katanya, beliau akan membawa hasrat kerajaan negeri untuk membela nasib rakyat tanpa mengira kaum.

“Ianya adalah sebahagian asas yang dipertanggungjawabkan oleh setiap
pemimpin yang beragama Islam,” ujarnya.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan (1960 – 1961), kemudiannya ke Sekolah Menengah Arab Ihsan, Tanah Merah, Kelantan (1963 – 1969) dan seterusnya ke Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan (1970 –1971).

Beliau mendapat BA Syariah dan Undang-Undang di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan (1972 – 1975) dan seterusnya MA Usuluddin Universiti Imam Mohd Ibn Saud al-Islamiyyah, Riyadh, Saudi Arabia (1978 – 1982) (Pengkhususan : Akidah dan Aliran Pemikiran Semasa)

Wednesday, June 15, 2011 0 comments

Isu YAB Menteri Besar Kelantan Menarik Balik Saman RM20 Juta: Satu Penjelasan

  1. Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini 14 Jun 2011 di halaman 20 di bawah tajuk Kes Nik Aziz Saman Utusan RM20j Selesai Luar Mahkamah. Laporan yang sama juga disiarkan oleh Sinar Harian hari ini di halaman N4.
  2. Sukalah saya mengesahkan laporan tersebut dengan sedikit penambahan berdasarkan kronologi berikut :
    • Pada 12 Jun 2009, Utusan Malaysia telah menyiarkan satu artikel dengan petikannya di muka hadapan di bawah tajuk “Nasihat Saya Mesti Didengar” dengan beberapa isi kandungan yang memfitnah YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan. Antaranya menyebut, “Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai ‘ilham’ UMNO.”
    • Artikel tersebut mengundang kepada beberapa pandangan balas yang mengecam YAB Tuan Guru, antaranya ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar yang sama di muka surat 12 bertarikh 16 Jun 2009. Artikel yang ditulis oleh Ramli Abdul Halim itu mengecam YAB Tuan Guru dengan mendakwa tindakan tersebut bercanggah dengan Islam.
    • YAB Tuan Guru telah menafikan kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Jun 2009 dan penafian ini disiarkan oleh akhbar yang sama di muka surat dua pada  18 Jun 2009.
    • Setelah melalui proses rundingan di antara kedua-dua pihak bersama dengan peguam yang dilantik, Utusan Malaysia telah memohon maaf kepada pihak YAB Tuan Guru di atas laporan yang salah tersebut dan permohonan maaf ini disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia 29 Julai 2009.
    • Memandangkan laporan tersebut yang dianggap begitu tersasar dan mendatangkan kesan khususnya kepada keputusan pilihanraya kecil Dun Manek Urai, pihak YAB Tuan Guru tetap meneruskan usaha untuk memfailkan saman sebanyak RM20 juta ke atas Utusan Malaysia. Kes ini dijadualkan mula dibicara pada 12 Jun 2011 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
    • Pada 10 Jun 2011, pihak Utusan Malaysia melalui peguam yang dilantik telah menghantar notis tawaran penyelesaian di luar mahkamah dengan sejumlah bayaran ganti rugi kepada pihak YAB Tuan Guru. Justeru pada prosiding
Monday, June 13, 2011 0 comments

Harga Kuih Naik 30 Peratus

KOTA BHARU: Kira-kira 10 hingga 15 jenis kuih tradisional Kelantan yang dijual di kebanyakan pasar di bandar ini, kini naik antara 20 dan 30 peratus berikutan kenaikan harga gula dan petrol, baru-baru ini.

Pengusaha kuih tradisional itu dikatakan tidak boleh mengurangkan gula dalam adunan masakan kerana dikhuatiri makanan kegemaran masyarakat itu tidak lagi enak dan manis.

Seperti diketahui umum, kebanyakan kuih tradisional Kelantan memang manis dan lemak kerana bahannya diperbuat daripada gula, telur, tepung dan kelapa menyebabkan makanan itu enak dan mendapat sambutan termasuk daripada pelancong domestik dan asing.

Tinjauan Berita Harian di Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam, mendapati harga kuih naik antara 15 hingga 50 sen sebiji, termasuk akok yang sebelum ini dijual pada harga RM1 bagi empat biji, kini hanya tiga bagi harga sama.

Selain itu, tepung pelita yang seratus peratus menggunakan bahan gula, tepung dan santan, kini dijual pada harga RM1 tiga biji.

Peniaga, Nik Nor Izaidah Nik Mat, 24, berkata dia hanya mengambil komisyen beberapa sen saja bagi setiap jualan kuih muih itu berikutan kenaikan harga oleh pengusaha atau pekilang.
“Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen memang memberi kesan kepada peniaga kuih walaupun kami hanya mengambil komisyen, namun tahu hakikatnya kenaikan itu disebabkan pengusaha terpaksa berbuat demikian bagi mengelak rugi,” katanya.
Thursday, June 9, 2011 0 comments

PETRONAS Untung Lebih RM90 Billion!

Keuntungan meningkat 34.5 peratus daripada RM67.3b dicatat tahun lalu

PETRONAS meraih keuntungan sebelum cukai RM90.49 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, meningkat 34.5 peratus daripada RM67.3 bilion yang dicatatkan tahun lalu.

Ia didorong peningkatan pendapatan sebanyak 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion berbanding RM210.8 bilion tahun sebelumnya.

Dalam tempoh kajian, firma minyak negara itu mencatat keuntungan bersih RM63.01 bilion, meningkat 38.5 peratus daripada RM45.49 bilion yang diraih pada tahun kewangan sebelumnya.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata prestasi memberangsangkan itu disumbangkan terutama oleh kenaikan harga serta peningkatan jumlah dagangan bagi produk utamanya.

Ia, kata beliau, dicapai di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh meskipun dalam persekitaran nilai ringgit yang lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Berikutan prestasi kewangan memberangsangkan itu, Petronas mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan dikaji.
Thursday, June 2, 2011 2 comments

Ya, Aku Sudi. Kerana Kau...

Satu ketika kau bertanya..

.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya

..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku,

agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;