Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Monday, May 30, 2011 0 comments

Senarai 10 Negara Harga Minyak Petrol Termurah di Dunia

10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter

Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petroltermurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter

Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter

Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter

Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.

6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter

Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter

Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.
Monday, May 23, 2011 0 comments

Kemukjizatan Al-Quran (Siri 1)

Rasulullah s.a.w telah tinggalkan kepada kita 2 petunjuk iaitu Al-Quran dan As-Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita membaca Al-Quran dalam sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? (tu pun surah-surah lazim, yang pendek2 plak tu...)

Atau kita tak baca langsung? Astaqfirullahal ‘Azeem. Kalau baca pun tidak, nak memahaminya apatah lagi. Nak amalkan? Huh! Jauh sekali. Tepuk dada, tanyalah iman kita.

Paling senang nak dapat pahala adalah melalui pembacaan Al-Quran yang betul dengan disertai hukum-hukum tajwid, kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (bukan kata-kata manusia).

Pada semester lepas dalam Kuliah I’jaz Al-Quran (Kemukjizatan Al-Quran) yang dibimbing oleh Dr. Haji Masrun, MA, seorang dosen (pensyarah) Fakulti Usuluddin. Banyak kemukjizatan di atas mukjizat Al-Quran itu sendiri. Contohnya, bilangan persamaan dan perbezaan kalimat-kalimat dalam Al-Quran, kenapa Al-Quran itu disebut dengan Sab’al Matsani, keindahan lafaz-lafaz Al-Quran, keterkaitan antara surah dengan surah sebelum atau selepasnya dan banyak lagi.
Tips yang saya ingin kongsikan pada kali ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita akan dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom kita belajar sama-sama.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 6 di halaman yang ke berapa, buat camni...
6-1 = 5. 5 perlu didarab dengan 2 jadi 5 x 2 = 10
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 6 berada pada halaman 102.
Tak paham???

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 14 di halaman ke berapalah agak-agaknya, buat camni...
14-1 = 13, 13 perlu didarab dengan 2 jadi 13 x 2 = 26
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 14 ada pada halaman 262. Tak percaya? Pergi amik wuduk, buka Al-Quran tengok sendiri betul ke tak. Pastu baca la sikit ayat tu, tak pasal-pasal dapat pahala. Kan?

Contoh 3
Ni contoh last, kalau tak faham lagi tak tahu la. Saya ambil Juzuk 27, buat cam tadi jugak...
27-1 = 26, 26 perlu didarab dengan 2 jadi 26 x 2 = 52
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 27 adalah pada halaman 522.
Sekarang lihat pada Al-Quran dan anda akan lihat Juzuk 27 bermula pada halaman 522.

Subhanallah! Inilah disebalik kemukjizatan Al-Quran. Sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita, keluarga kita supaya kita sama-sama mendapat ganjaran dari Allah swt.

Takkan baca je kot? Share la kat kawan-kawan...
Sunday, May 15, 2011 0 comments

Syeikh Fathi Yakan Seorang Engineer Yang Berhati Waja


Sempena menyambut ulang tahun kelahiran saya yang ke-24 pada 6 Mei baru-baru ini, terdetik dihati saya untuk untuk menge'post'kan sedikit sebanyak tentang seorang ulama' yang saya ambil dari website www.yussamir.com iaitu Shiekh Fathi Yakan, seorang ulama' kelahiran Lubnan yang popular dengan kitabnya berjudul "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam) dan salah seorang pemimpin dalam gerakan Ikhwanul Muslimin. Nama beliau menjadi inspirasi oleh abah saya, Zakaria Bin Seman pada anak lelaki sulungnya hanya saja dengan menambah Mohd@Muhammad didepannya.

Pemergian Syeikh Fathi Yakan sememangnya meninggalkan bekas yang mendalam di hati-hati umat Islam seluruh dunia. Kehadirannya adalah sebuah kurniaan besar dari Allah, dan pemergiannya yang tidak disangka juga adalah fitrah kehidupan yang telah Allah tetapkan. Semua jiwa-jiwa yang telah dipinjamkan akan menemui Tuhannya. Tidak ada seorang pun yang akan terselamat, walaupun dibina tembok yang tinggi, mempunyai doktor yang hebat dan membina dinding kukuh berisi besi. Jika ajal telah tiba, tidak akan sesekali Allah lewatkan atau percepatkan. Firman Allah, “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Al-A’raf:34)

Lubnan atau lebih tepat lagi Tripoli pasti menangisi pemergian tokoh ini. Di sinilah tempat beliau dilahirkan pada tanggal 9 Februari 1933. Tokoh ini tidak asing dalam dunia pergerakan islam, lebih-lebih lagi bagi Ikhwan Muslimin. Pengaruh tulisan-tulisannya telah menular dan meresap jauh ke dalam hati-hati umat Islam tentang peri-pentingnya dakwah islamiah dalam kehidupan seharian. Malahan tulisan-tulisan beliau bukan sahaja dapat di baca dalam bahasa Arab, tetapi telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Malaysia. Bukunya yang mashur iaitu “maza ya'ni intimai Ila Islam” (Apakah Ertinya saya menganut agama Islam) telah dijadikan silibus Usrah oleh kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan Islam.
Monday, May 2, 2011 0 comments

Osama Bin Laden Disahkan Maut Oleh Amerika

WASHINGTON, 2 Mei — Pengasas dan pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden telah terbunuh dalam satu serangan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad, Pakistan, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama pagi ini (waktu Malaysia). Jenazah Osama yang menjadi buruan AS sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di ibu negara Pakistan selepas dipantau sejak tahun lalu. Obama mengesahkan laporan itu menerusi satu ucapan disampaikan ke seluruh negara itu (sekitar 11.30 pagi ini, waktu Malaysia).

Media AS menyiarkan secara langsung ucapan itu. “Malam ini (waktu Washington), saya boleh melaporkan kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa AS telah mengadakan satu operasi yang membunuh Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda, dan seorang pengganas yang bertanggungjawab ke atas kematian beribu-ribu orang yang tidak berdosa,” kata Obama dalam ucapannya.

Kata Obama, sejurus selepas mengambil alih jawatan presiden pada Januari 2009, beliau telah mengarahkan Pengarah CIA Leon Panetta untuk menjadikan penangkapan atau pembunuhan Osama sebagai keutamaan perang mengatasi Al-Qaeda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;