Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Sunday, February 27, 2011 0 comments

Wolves Calar Rekod Manchester United

LONDON: Wolverhampton Wanderers melakukan kejutan Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan pendahulu liga, Manchester United 2-1, awal pagi tadi, sekali gus memusnahkan rekod tanpa kalah United musim ini.

United yang bertandang ke Wolves memperoleh gol awal menerusi Nani pada minit ke-3 tetapi George Elokobi menyamakan kedudukan enam minit kemudian. Wolves memperoleh gol kemenangan menerusi Kevin Dolye pada minit ke-40. Dengan keputusan itu, Arsenal yang mencatat keputusan seri 4-4 dengan Newcastle merapatkan jurang tiga mata dengan United yang masih di tangga teratas liga.

Sumber: Berita Harian
Sunday, February 13, 2011 0 comments

Rasuah Bukan Masalah Di Negara Ini

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

"Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni," kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.

Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini. Ia kini, kata Mustafa, sudah menular
Tuesday, February 8, 2011 0 comments

Safee Sali Sertai Kelab Indonesia


Penyerang gempal yang memperkuat pasukan nasional Malaysia semasa kejayaan merangkul gelaran juara dalam pertandingan bolasepak AFF 2010, Mohd Safee Bin Mohd Sali, dengan rasmi menyertai kelab Pelita Jaya, Karawang Indonesia, demikian lapor kompas.com.

Safee yang juga merupakan penjaring gol terbanyak pada AFF 2010 tersebut telah mengikat kontrak dengan Pelita selama satu tahun. "Safee rasmi tanggal 2 Februari lalu. Namun, dia belum dapat bergabung kerana masih perlu bermain untuk kelabnya, Selangor FC, pada 12 nanti. Dua hari kemudian, dia baru ke Jakarta," ujar Pengarah Kelab Teknik Pelita Rahim Soekasah ketika dihubungi wartawan, Isnin (7/2/2011).

Rahim mengungkapkan, Safee dibeli guna meningkatkan prestasi pasukannya. "Pemain Pelita muda-muda. Yang berusia 25 tahun cuma dua orang. Selain itu, kami juga memerlukan penyerang. Kami sudah main bagus, tetapi tidak ada yang boleh menjaringkan gol," kata Rahim.

Rahim (gambar) enggan memdedahkan nilai nominal pembelian penyerang kelahiran Selangor, 29 Januari 1984, itu. "Kami sudah sepakat tidak mendedahkan harga Safee. Kalau terlalu murah harganya, Safee boleh dilarang ke Jakarta. Kalau terlalu tinggi, dia dibilang mata duitan pula," tuturnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini mengingatkan pemain bola sepak negara yang kini 'dipinang' kelab luar negara, agar hanya menimbang tawaran yang dapat meningkatkan kecemerlangan mereka.

Peminat bola sepak tempatan, Riduan Said, 35, pula berkata, dia akan berasa kecewa jika pemain kebangsaan sanggup meninggalkan pasukan sendiri semata-mata ingin mencari duit lebih, lapor Bernama sebelum ini.

"Saya harap pemain kita tidak akan kecewakan rakyat Malaysia kerana kejayaan di Piala Suzuki bukan milik individu, sebaliknya ia merupakan milik seluruh rakyat di negara ini," katanya

Sumber: Berita Harian
Saturday, February 5, 2011 0 comments

Jauhilah Kesenangan Dunia, Nescaya Dicintai Allah

Dari Abu ‘Abbas, Sahl bin Saa’ad As-Sa’idi radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Seorang laki-laki datang kepada Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku suatu perbuatan yang jika aku mengerjakannya, maka aku dicintai Allah dan dicintai manusia’. Maka sabda beliau: ‘Zuhudlah engkau pada dunia, pasti Allah mencintaimu dan zuhudlah engkau pada apa yang dicintai manusia, pasti manusia mencintaimu”.
(HR. Ibnu Majah, Hadis Hasan) – diambil dari Kitab Syarhul Arba’ina Haditsan An-Nawawiyah-
Penjelasan:
Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan supaya menahan diri dari memperbanyakkan harta dunia dan bersikap zuhud. Sabda baginda: “Jadilah kamu di dunia ini laksana orang asing atau pengembara”. Sabda baginda lagi:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;