Buku Travelog Iran adalah salah satu antara buku tentang Negara Iran yang baru sahaja saya beli di Gramedia, Pekanbaru, Riau selepas pulang dari kuliah. Ia ditulis oleh seorang pengembara dari Indonesia yang mengembara selama beberapa tahun di Iran. Mengapa saya berminat dengan Negara Iran? Bermula dengan pucuk pimpinannya… Saya sangat respect dan salute kepada presidennya, Mahmoud Ahmadinejad. Kerana itulah saya ingin mengetahui bagaimana keadaannya Negara yang dipimpin oleh pemimpin yang sebegini.
Dibawah ini adalah artikel tentang Ahmadinejad yang saya ambil dari http://www.ibnuhasyim.com
"SEMASA anda lihat cermin tiap pagi, apa yang anda kata pada diri anda?" Tanya TV Fox Amerika Syarikat mewawancara soal peribadi Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad kira-kira setahun lalu.Jawabnya: “Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya.. Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran.”
Benarkah apa yang dia kata pada dirinya itu? Sewaktu 15 hari saya (Ibnu Hasyim) mengelilingi Iran kira-kira pada minggu lepas, 16 rakyat Iran yang rombongan kami wawancara, rupanya kesemua adalah lawan politik beliau, tidak bersetuju dengan kelicikan politiknya. Tetapi bila dikaitkan dengan kehidupan sederhana beliau, tidak ada yang membantah. Berikut adalah gambaran ringkas Ahmadinejad, yang membuat ramai orang terpegun dan ternganga padanya.
Pertama: Semasa pertama kali menduduki pejabat Presiden beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid di Teheran dan menggantikan dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.
Kedua: Beliau lihat ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu ia memerintahkan menutup ruang tersebut dan bertanya pada protokol untuk ganti ruangan biasa dengan 2 kursi kayu, meski sederhana tetap terlihat impresive.
Ketiga: Di banyak kesempatan beliau beramah mesra dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat Presiden.
Keempat: Menteri-menterinya diminta menandatangani dokumen arahan, terutama yang menekankan hidup sederhana, penyata peribadi hatta kerabat dekat pun diawasi.
Kelima: Langkah pertama ambil-alih pentadbiran adalah mengumumkan kekayaan dan propertinya. Terdiri dari sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun lalu di daerah Kumuh di Teheran. Penyata bank wang yang berjumlah kecil, dan satu-satunya wang masuk adalah gaji bulanannya.
Keenam: Gajinya sebagai pensyarah disebuah universiti hanya berjumlah US$ 250.
Ketujuh: Beliau sebagai Presiden masih tinggal di rumahnya. Hanya itulah saja yang dimiliki. Beliau tidak mengambil gaji, alasannya adalah kerana semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.
Kelapan: Satu hal yang membuat kagum staf jabatannya ialah beg yang selalu dibawa tiap hari hanya berisikan sarapan roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya. Beliau makan dengan gembira, dan menghentikan kebiasaan sediakan makanan khas Presiden.
Kesembilan: Pesawat terbang Presiden, beliau ubah jadi pesawat kargo menjimatkan negara dan beliau sendiri menggunakaan penerbangan biasa kelas ekonomi.
Kesepuluh: Sentiasa bermesyuarat dengan menteri-menterinya, dapatkan info tentang kegiatan dan efisiens yang sudah dilakukan. Memotong protokol istana sehingga menteri-menterinya mudah jumpa terus dengannya tanpa halangan. Menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, publisiti peribadi, atau hal-hal seperti itu masa mengunjungi berbagai tempat di negaranya.
Kesebelas: Kalau terpaksa menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana tidak suka tidur di atas tilam, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut. Padanya hal ini menjatuhkan imej Presiden.
Keduabelas: Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawal yang selalu mengikutnya. Menurut akhbar Wifaq, foto-foto diambil oleh adiknya, kemudian disebarkan di seluruh dunia, termasuk Amerika.
Ketigabelas: Dikatakan, sepanjang solat, anda jarang dapat lihat beliau duduk di barisan depan. Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau terus bersolat dimana-mana pun, walaupun hanya beralaskan karpet biasa.
Keempatbelas: Beliau juga tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukan kepala sebagai rasa hormat.
Rupanya Ahmadinejad bukan seorang Presiden yang ganjil tetapi kesederhanaannya yang tidak membazirkan wang rakyat, adalah mengikuti ciri-ciri hidup sederhana Rasulullah SAW.
Apakah semua tindakan dan kelakuan presiden menimbulkan rasa tidak hormat?
Bandingkan cara hidup presiden Iran ini dengan cara hidup pemimpin Negara yang lain.
“Walaupun ramai orang menyangka kaum wanita Iran dikawal dan dipaksa memakai jubah hitam, sebenarnya mereka juga menikmati kebebasan memilih sukan yang diminati, bermula daripada sukan renang hinggalah kung fu. Oleh kerana Negara Iran sering dikatakan menindas kaum wanita, pihak pemerintah semakin menggalakkan kaum wanita menceburkan diri dalam bidang sukan dan olahraga dengan menyediakan pelbagai kemudahan…… ”
“Perempuan Iran mempunyai kebebasan melakukan pelbagai jenis sukan, asalkan mereka mematuhi syarat menutup aurat di hadapan orang ramai. Sekiranya mereka mahu menceburi sukan renang, mereka hanya dapat berenang di ruangan tertutup yang dihadiri kaum perempuan sahaja. Mereka juga mempunyai kumpulan bola sepak perempuan, tetapi apabila bertanding di hadapan umum, mereka tetap menutup aurat. ”
“Kereta api tiba pukul 6.30 petang, setengah jam sebelum masuknya waktu solat maghrib. Kami segera masuk ke ‘bilik’ ruangan kecil yang mempunya empat tempat tidur, dua di antaranya berfungsi sebagai kerusi……… Ruqaye memberitahu kereta api itu tidak bergerak sebelum waktu maghrib. Betul cakap Ruqaye, sesudah azan berkumandang dari surau di stesen itu, para pekerja kereta api mula berjalan sambil mengetuk pintu bilik satu persatu dan berkata, “Namaz, namaz… solat, solat…” ”
“Penyanyi perempuan juga kadang-kadang tampil di kaca TV ataupun dalam program lain, dengan syarat tidak menyanyi secara solo. Peraturan Negara Iran bercirikan syiah itu mengatakan muzik dibenarkan, asalkan ia tidak melalaikan pendengarnya (istilahnya tidak muthrib) dan perempuan hanya dibenarkan menyanyi solo jika penontonnya juga perempuan dan mesti menyanyi bersama-sama atau koir apabila penontonnya lelaki. Karya perfileman juga perlu mengikut etika yang ditetapkan seperti menutup aurat dan tidak ada adegan yang kurang sopan.”
“Beberapa hari sebelum kami pulang ke Indonesia, ketua polis Iran muncul di kaca TV, memberikan penjelasan mengenai program pengawasan pakaian. Menurutnya, muda-mudi yang ditangkap tidak dibawa ke pejabat polis, apalagi sampai di penjara kerana khuatir ia mendatangkan trauma pada mereka. Mereka hanya diberi nasihat dan disuruh menandatangani surat perjanjian yang meminta mereka memakai pakaian yang betul.”
Anda dapat menilai sendiri bagaimana cara hidup orang Iran daripada petika-petikan di atas. Pemimpin yang baik boleh memimpin orang bawahannya ke arah yang baik.Kalau diberi oleh Allah rezeki dan kesempatan, saya akan berkunjung ke Iran, InsyaAllah...
0 comments:
Post a Comment