يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Firman Allah s.w.t: “Wahai
 orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan 
sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang 
sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153]
Assalamua’alaikum
 wrt. wbt. Syukur kepada Allah Ta’ala kerana masih memberi kesempatan 
kepada kita untuk hidup dalam keimanan dan Islam dengan mengucapkan “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin”. Tidak lupa pula kita berselawat kepada baginda Rasulullah s.a.w dengan mengucapkan “Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Aali Sayyidina Muhammad”. Mudah-mudahan dengan berselawat kepada baginda, akan diberi syafaat olehnya di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Pada
 kali ini, kita akan sama-sama mengkaji tafsir dari ayat 153, Surah 
al-Baqarah. Ayat ini mempunyai hubungan dengan ayat-ayat sebelumnya, 
iaitu Allah menjelaskan tentang musuh Islam yang dengki atau melakukan 
kejahatan terhadap ummat Islam kerana mengikuti kebenaran iaitu 
mengikuti petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. Orang-orang Islam tidak termakan
 dengan isu orang Yahudi dengan meragukan ummat dalam isu peralihan 
kiblat. Berbagai cara yang mereka lakukan agar ummat Islam tidak 
mengikuti kebenaran itu. Ini adalah sesuatu yang berat bagi ummat Islam 
yang perlu menghadapi kedengkian musuh terhadap mereka. Maka Allah 
turunkan ayat di atas supaya memohon pertolongan kepada Allah dan Allah 
mengajarkan pula cara memohon pertolongan itu adalah dengan cara 
bersabar dan solat. Kerana apabila Allah sudah bersama dengan orang yang
 sabar, maka tidak ada lagi maknanya kedengkian musuh tersebut. Sehebat 
manapun musuh itu, mereka tidak akan berhasil menggoyahkan keimanan 
ummat Islam. Sebab Allah memelihara orang yang sabar dari kejahatan 
musuh.
Akan tetapi, adakalanya sabar kita itu menjadi 
lemah kerana menghadapi penderitaan yang panjang. Maka, untuk memulihkan
 kesabaran kita itu, Allah gandingkan dengan solat. Kerana dengan solat,
 kesabaran kita kembali kuat. Kembali pulih seperti sebelumnya. Maka, 
mudah pula bagi kita menghadapi penderitaan menghadapi musuh.
Perlu
 difahami konteks ayat ini bukanlah hanya untuk perkara itu sahaja. 
Malah ayat ini juga boleh dijadikan sandaran dalam perkara-perkara lain.
 Mungkin kita menghadapi penderitaan dengan pelbagai ujian seperti 
sakit, kelaparan, kemiskinan, dengki orang, kematian seperti yang 
disebutkan pada ayat selanjutnya iaitu ayat 155.
Boleh jadi, berat untuk kita melakukan ketaatan sekalipun kita mampu menghadapinya dan yang lebih berat lagi apakah kita mampu bertahan dalam melakukan ketaatan di saat kita menderita? Inilah yang dinamakan sabar. Sabar terhadap penderitaan dari musuh dan penderitaan terhadap ujian-ujian dalam kehidupan kita.
وَلَـنَبۡلُوَنَّكُمۡ بِشَىۡءٍ مِّنَ الۡخَـوۡفِ وَالۡجُـوۡعِ وَنَقۡصٍ مِّنَ الۡاَمۡوَالِ وَالۡاَنۡفُسِ وَالثَّمَرٰتِؕ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيۡنَۙ
"Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".Boleh jadi, berat untuk kita melakukan ketaatan sekalipun kita mampu menghadapinya dan yang lebih berat lagi apakah kita mampu bertahan dalam melakukan ketaatan di saat kita menderita? Inilah yang dinamakan sabar. Sabar terhadap penderitaan dari musuh dan penderitaan terhadap ujian-ujian dalam kehidupan kita.
“Wahai orang-orang yang beriman”.
 Banyak ayat ini di dalam al-Qur’an. Di sini kita dapat ketahui bahawa 
Allah ingin menjelaskan suatu kewajipan setelahnya dengan keimanan yang 
ada pada hamba-Nya iaitu memohon pertolongan kepada Allah. Maka ini 
menjadi satu kewajipan bagi orang-orang yang beriman supaya meminta 
tolong hanya kepada Allah. Kenapa? Sebab orang beriman, mereka tahu 
bahawa mereka adalah hamba yang lemah, memiliki kekurangan dan 
keterbatasan, tidak ada daya upaya kerana semuanya adalah dari sisi 
Allah dan apabila Allah menguji dengan penderitaan dan musibah, maka 
wajib bagi orang yang berimam memohon pertolongan dari Allah kerana 
untuk menampakkan penghambaan diri kepada Allah. Jika tidak mahu meminta
 tolong kepada Allah, maka nampaklah keangkuhan dan kesombongan seperti 
mereka itu mampu untuk menyelesaikan penderitaan atau musibah itu 
sendiri. Siapalah kita nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah? 
Sesungguhnya manusia adalah makhluk yang lemah dan tidak memiliki 
kekuasan.
Meminta tolong kepada Allah adalah ibadah dan 
itu adalah perbuatan yang mulia. Meminta tolong kepada Allah adalah 
untuk membuktikan kita ini hamba yang memiliki keterbatasan kelemahan, 
tiada kuasa. Maka nampaklah kerendahan kita dihadapan Allah Yang Maha 
Tinggi. Maka nampaklah hina kita dihadapan Allah Yang Maha Mulia. 
Meskipun kita kaya, walaupun kita kuat, mintalah pada Allah dengan 
kerendahan hati sebagai hamba yang miskin, hamba yang lemah untuk 
menampakkan kehambaan kita kepada Allah.
Biasanya kita minta tolong ni waktu bila? bila kita rasa lemah, tak mampu nak hadapi sesuatu kesukaran...sahabat kita pun tak mampu tolong, doktor pun tak mampu dah nak tolong, akhirnya kita minta tolong juga kepada Allah swt.
Biasanya kita minta tolong ni waktu bila? bila kita rasa lemah, tak mampu nak hadapi sesuatu kesukaran...sahabat kita pun tak mampu tolong, doktor pun tak mampu dah nak tolong, akhirnya kita minta tolong juga kepada Allah swt.
Kita nak tidur, 
adakah pejam mata rapat-rapat terus tidur? Tidak. Siapa yang menidurkan 
kita? Allah s.w.t. Walaupun mata itu ada di kepala kita pun, kita tak 
dapat tidur jika Allah tidak tidurkan kita. Kadang-kadang, ada orang tak
 boleh tidur sampai pagi.
Kita nak bawak barang 50kg. Tapi kekuatan kita nak angkat barang hanya 40kg. Jadi kita pun minta tolong kepada kawan kita. kerana sebagai manusia kita ada keterbatasan. Begitu juga dalam hidup ni ada keterbatasan supaya kita meminta pertolongan dr Allah. Tapi tak mungkin kita akan minta tolong dengan Allah melainkan kita mengenal Allah yang memberikan pertolongan. Dan boleh jadi kita tersalah meminta tolong. Kita minta tolong kepada yang tak dapat menolong kita.
Kita nak bawak barang 50kg. Tapi kekuatan kita nak angkat barang hanya 40kg. Jadi kita pun minta tolong kepada kawan kita. kerana sebagai manusia kita ada keterbatasan. Begitu juga dalam hidup ni ada keterbatasan supaya kita meminta pertolongan dr Allah. Tapi tak mungkin kita akan minta tolong dengan Allah melainkan kita mengenal Allah yang memberikan pertolongan. Dan boleh jadi kita tersalah meminta tolong. Kita minta tolong kepada yang tak dapat menolong kita.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ  
“Hanya kepada Engkaulah (Allah) yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan”. [Surah al-Fatihah, ayat 5]
SABAR
Sabar
 maknanya menahan yakni menahan dari hawa nafsu. Jika sakit, maka 
keinginan nafsu nak kepada sihat. Dah bertahun-tahun makan ubat, tapi 
tak sihat-sihat juga. Lalu, bagaimana cara menghadapi sakit supaya dapat
 menjalaninya sakit dengan baik? Tahanlah hawa nafsu itu dari nak sihat.
 Tapi walaupun keinginan nafsu itu nak sihat, apakah kita akan sihat 
apabila memperturutkan hawa nafsu? Yang menentukan kita sihat adalah 
Allah, jika kita disembuhkan, maka kita pun sihat.
Kadang-kadang kita berdoa “Ya Allah! Dah 3 bulan dah Allah. Hamba dah lama sakit ni Ya Allah, berapa lama lagi Ya Allah penyakit hamba ni”.
Cuba
 menahan hawa nafsu itu. Seperti kita kata, “Ya Allah! Yang menetapkan 
penyakit ini. Aku yakin pasti ada hikmah disebaliknya. Hamba beriman dan
 yakin kepadaMu. Aku akan jalani penyakit ini, seberapa lama yang Engkau
 tetapkan akan aku hadapinya dengan pasrah dan redha bahkan aku 
menikmati penyakit ini kerana Engkau Yang Bijaksana pasti ada hikmah 
disebaliknya”. Dengan kasih sayang Allah, Allah akan sembuhkan.
Ada
 orang dengki dengan kita atau ada orang melakukan kejahatan kepada 
kita. Pada waktu itu, nafsu kita ingin membalasnya. Tapi kita bersabar. 
Ini adalah ujian, pasti ada hikmahnya. Ingin menguatkan iman kita. 
Supaya lebih mudah menghadapi ujian hidup akan datang. Nabi pun 
dimusuhi, apatah lagi kita. Sabar ini ada dalam 2 perkara, iaitu dalam 
perkara yang kita tak suka dan perkara yang kita suka. Firman Allah:
وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً
“Kami uji kamu dengan perkara yang buruk (yang kamu tak suka) dan perkara yang baik (yang kamu suka) sebagai ujian”. [Surah al-Anbiya, ayat 35]
Jika
 minta tolong kepada Allah, mintalah dengan bersabar. Allah akan 
menolong kita sama ada dalam perkara yang buruk dan perkara yang baik. 
Perkara yang buruk, yang kita tak suka, banyak. Sakit, lapar, miskin, 
dan sebagainya. Perkara yang baik sebagai contoh menuntut ilmu kerana 
memerlukan masa yang lama, banyak kena habis duit. Maka, kita bersabar. 
Allah akan tolong sehingga tanpa kita sedar pada hari ini kita dapat 
lulus dalam UPSR, PMR, SPM, dapat masuk universiti dan berjaya sehingga 
tamat pengajian.
Sekarang, bagaimana untuk menjadikan sabar itu sentiasa ada dalam diri kita? Dengan menunaikan solat. Kata nabi,
إذا حزبه أمر فزع إلى الصلاة
“Bila aku susah aku sabar dan bila terasa sangat susah, maka aku solat”.
 Kerana solat akan menguatkan kesabaran kita. Kerana solat menghubungkan
 kita dengan Allah. Kita yang lemah berhubung dengan Yang Maha Berkuasa,
 maka Allah akan menutupi kelemahan kita. Kita pun menjadi sabar 
kembali. Kita pun tenang. Jika tak tenang juga, pasti ada yang tak kena 
dengan solatnya, dengan kata lain, solatnya kurang sempurna.
SOLAT
ٍSolat menghubungkan seorang hamba yang beriman dengan Allah...
Di dalam solat, ada 3 perkara penting iaitu kita takbir, tahmid dan tasbih. MembesarkanNya, Allah nampakkan kekuasaanNya. MemujiNya, Allah menampakkan Dzat Allah Yang Terpuji dan MensucikanNya, Allah nampakkan bahawa Dia jauh dari sifat kekurangan. Kita yakin dengan Allah. Kita bersangka baik kepada Allah. Maka Allah akan tolong kita dan akan bersama dengan kita.
Di dalam solat, ada 3 perkara penting iaitu kita takbir, tahmid dan tasbih. MembesarkanNya, Allah nampakkan kekuasaanNya. MemujiNya, Allah menampakkan Dzat Allah Yang Terpuji dan MensucikanNya, Allah nampakkan bahawa Dia jauh dari sifat kekurangan. Kita yakin dengan Allah. Kita bersangka baik kepada Allah. Maka Allah akan tolong kita dan akan bersama dengan kita.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه -
 قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - ) يَقُولُ اللَّهُ 
تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِى
 ، فَإِنْ ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى ، وَإِنْ 
ذَكَرَنِى فِى مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ ، وَإِنْ 
تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا ، وَإِنْ 
تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ، وَإِنْ أَتَانِى
 يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً )
Maksudnya:  
“Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:
 “Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia 
mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku 
mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam satu kumpulan, 
Aku mengingatinya dalam kumpulan yang lebih baik dari kumpulan mereka. 
Jika dia mendekati kepada-Ku satu jengkal, maka Aku mendekati kepadanya 
satu hasta. Jika dia mendekati kepada-Ku satu hasta, maka Aku mendekati 
kepadanya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka 
Aku datang kepadanya dengan berlari”. [Sahih Bukhari]
Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan
وَذَا النّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغٰضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقدِرَ عَلَيهِ فَنادىٰ فِي الظُّلُمٰتِ أَن لّا إِلٰهَ إِلّا أَنتَ سُبحٰنَكَ إِنّي كُنتُ مِنَ الظّٰلِمينَ
Kata Allah, “Dan
 (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun (Nabi Yunus), ketika dia pergi 
(meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia 
menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau ujian 
(setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku; yakni ditelan ikan) maka 
dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita (dalam perut ikan) 
dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) 
melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan 
aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang 
yang menganiaya diri sendiri. Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan 
Kami selamatkan Dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan demikianlah 
Kami selamatkan pula orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu 
kepada Kami). [Surah al-Anbiya’, ayat 87-88]
فَلَوْلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلْمُسَبِّحِينَ لَلَبِثَ فِى بَطْنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Firman Allah lagi, “Maka
 kalaulah dia (Yunus) bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati 
Allah (dengan zikir dan tasbih), tentulah dia akan tinggal di dalam 
perut ikan itu hingga ke hari berbangkit”. [Surah as-Soffat, ayat 143-144]
Nabi
 Yunus diselamatkan Allah dengan bertasbih kepadaNya. Inilah yang 
dinilai dalam solat. Dalam Surah Muzammil, kerana beban yang dihadapi 
oleh Rasulullah ketika ummat Islam ditindas, Allah mengingatkan Nabi “Wahai
 orang yang berselimut! (Muhammad), bangunlah (untuk solat) pada malam 
hari, separuh malam, atau kurang sedikit dari itu, atau lebih dari itu”.
Kelebihan Orang Yang Sabar
Di
 dalam al-Qur’an, banyak disebutkan kelebihan dan keistimewaan 
orang-orang yang bersabar. Salah satunya adalah orang-orang yang sabar 
akan masuk syurga tanpa dihisab. Firman Allah:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya Allah menyempurnakan balasan orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan dengan balasan mereka dengan tanpa dihisab”. [Surah az-Zumar, ayat 10]
Dalam riwayat tafsir mengatakan, suatu ketika malaikat terkejut apabila nampak sekumpulan manusia dan berkata “Hei kamu! kemana kamu nak pergi?” Mereka menjawab, “Kami nak masuk syurga”. Kata malaikat, “Tapi kamu belum dihisab”. Mereka berkata, “Ya, tapi kami sudah diperkenankan untuk masuk ke dalam syurga”. Malaikat bertanya lagi, “Apa yang menyebabkan kamu terus masuk ke syurga tanpa di hisab?” Mereka menjawab, “Kami adalah orang-orang yang sabar dahulu ketika di dunia”.
Suruh orang sabar tu mudah, tapi kena pada kita sendiri tak sabar... Suruh anak sembahyang.
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
Suruh orang sabar tu mudah, tapi kena pada kita sendiri tak sabar... Suruh anak sembahyang.
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا
Wallahua’lam…
p/s: Tafsir ini saya ringkaskan dalam bentuk tulisan dari kuliah tafsir yang disampaikan oleh Kiyai Haji Dr. Musthafa Umar, Lc.MA. (Ulama' Tafsir Riau)





2 comments:
ijin disebarkan lagi mas :D
Izin share mas y..
Post a Comment