Teks
Hadis:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه -
قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا
عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِى ، فَإِنْ ذَكَرَنِى
فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى ، وَإِنْ ذَكَرَنِى فِى مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِى
مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ
ذِرَاعًا ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ،
وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً » . (البخاري(
Terjemah:
Terjemah:
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:
“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.
“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.
(Sahih
al-Bukhari, Kitab: at-Tauhid, Bab: Qaul Allah Ta’ala wa Yuhadzdzirukumullah
Nafsah. Juz: 6, halaman: 2694, no: 6970. Penerbit: Dar Ibni Katsir. Al-Yamamah,
Beirut, Lubnan. Cetakan ke-3, tahun: 1407H/1987M).
Syarh
/ Penjelasan:
Hadis
ini merupakan penjelasan kepada ayat:
فَاذْكُرُونِي
أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
“(Oleh
kerana itu), ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu[1],
dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku”. (Srah
al-Baqarah, ayat 152).
[1] Maksudnya: Aku
limpahkan rahmat dan ampunan-Ku kepadamu.
Hadis
ini adalah hadis Qudsi yang menjelaskan tentang balasan yang diberikan Allah
swt kepada hamba-Nya yang sentiasa berzikir mengingati-Nya. Allah berfirman, “Aku
menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku”. Imam Badruddin al-‘Aini dalam kitab
‘Umdat al-Qari Syarh Shahih al-Bukhari menyebutkan tiga pendapat tentang makna
kalimat ini:
Pertama,
“Jika hamba-Ku itu menyangka bahawa Aku mengampuni dan memaafkannya, maka dia akan
mendapatkan itu. Dan jika dia menyangka akan mendapatkan hukuman, maka dia pun
akan mendapatkannya”.
Kedua,
bahawa orang yang beriman pastilah berprasangka baik terhadap Allah swt, dia
meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang selalu membalas amal perbuatannya.
Ketiga,
“Aku Maha Kuasa untuk melakukan apa yang disangkakan hamba-Ku kepada-Ku”.
Imam al-Kirmani menjelaskan bahawa hubungan dengan Allah swt itu dibangun atas dasar dua perasaan; Rajaa’ (harap) dan Khauf (takut). Disini dijelaskan bahawa perasaan harap lebih diutamakan daripada rasa takut. Selalu berharap akan ampunan Allah swt dan selalu mengharapkan keredhaan-Nya, dengan ber-husnuzhon kepada-Nya.
Imam al-Kirmani menjelaskan bahawa hubungan dengan Allah swt itu dibangun atas dasar dua perasaan; Rajaa’ (harap) dan Khauf (takut). Disini dijelaskan bahawa perasaan harap lebih diutamakan daripada rasa takut. Selalu berharap akan ampunan Allah swt dan selalu mengharapkan keredhaan-Nya, dengan ber-husnuzhon kepada-Nya.
“Aku
bersamanya apabila dia mengingati-Ku”. Ertinya, pengetahuan Allah sentiasa
bersama orang yang berzikir mengingati-Nya. Atau, “Aku sentiasa bersamanya
sesuai dengan niatnya berzikir mengingati Aku”.
“Jika
dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku”. Maknanya,
“Jika dia berzikir mengingati Aku dengan mensucikan-Ku dari segala sesuatu yang
tidak layak bagi-Ku, maka Aku mengingatinya dengan memberikan balasan dan
rahmat kasih sayang kepadanya”. Atau, “Jika dia berzikir mengingati Aku dengan
mengagungkan-Ku, maka Aku mengingatinya dengan memberikan berbagai kurnia
kepadanya”.
“Jika
dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang
lebih baik dari kelompok mereka”. Maksudnya, jika manusia berzikir
mengingat Allah dalam suatu kelompok, maka Allah membalasnya dengan kelompok
yang lebih baik, iaitu para malaikat.
“Jika
dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia
mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang
kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”. Kalimah ini
tidak dapat difahami secara tekstual, kerana semuanya mustahil bagi Allah swt
Yang Maha Suci. Akan tetapi maknanya adalah bahawa Allah melebihi dari
perbuatan hamba-Nya; satu jengkal dibalas satu hasta, satu hasta dibalas satu
lengan. Dan berjalan dibalas dengan berlari. Ketaatan seorang hamba yang
diwujudkan dalam bentuk zikir kepada-Nya, akan dibalas dengan balasan berlipat
ganda.
Kesimpulan:
Hadis
ini memberikan motivasi kepada orang-orang beriman agar sentiasa berzikir
mengingat Allah swt dalam situasi dan apa jua keadaan sekalipun, merasakan kehadiran
Allah swt dalam setiap gerak dan diamnya, merasakan dekatnya Allah swt saat bersendiri
dan ketika bersama orang banyak, merasakan Ma’iyyatullah (kebersamaan) dengan
Allah swt ketika senang mahupun susah. Sehingga saat senang tidak lupa diri dan
hilang control, dan ketika susah atau ditimpa musibah tidak merasa putus asa, kerana
merasakan adanya Dia Yang Maha Berkuasa sebagai tempat bersandar dan mengadu
keluh kesah. Hadis ini juga mengajarkan kepada orang-orang yang beriman bahawa
Allah swt selalu membalas lebih dari apa yang dilakukan manusia yang selalu
ingin dekat kepada-Nya dan yang merindukan keagungan-Nya. Semoga kita termasuk
hamba-hamba-Nya yang sentiasa berzikir mengingat-Nya, ameen…
Sebarkan...