Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Sunday, February 26, 2012 0 comments

PASTIKAN Yang Anda Makan Itu Ayam Goreng!

Ayam goreng memang menjadi kegemaran ramai, agak susah untuk lihat ada yang tak makan ayam. Ye la harga dia stabil dan tak mahal sangat berbanding dengan ikan atau daging... Tambah pulak sekarang ni diantara makanan popular adalah Ayam Penyet! Tapi adakah anda benar-benar yakin bahawa yang anda makan itu ayam goreng?

???
??
?
|
|
|
|
|
 
 

 TIKUS!!!

Hehehe...Macam mana? menyelerakan bukan.. hahaha apa yang anda saksikan adalah bukan ayam goreng tapi tikus goreng... So, lps ni sila berhati-hati ye... mana tau kot termakan tikus goreng yang lazat dan garing tu... Kena pilih2 jugak tempat makan ni. Pilih restoran atau kedai makan yang halalan toyyiba. Mudah-mudahan dgn makanan yang baik lagi berkhasiat dapat menyihatkan tubuh badan kita dan bertenaga untuk beribadah dan melakukan aktiviti seharian...:p
Monday, February 20, 2012 0 comments

SIFAT-SIFAT BANGSA YAHUDI LAKNATULLAH

Al-Quran banyak menceritakan kedegilan bangsa Yahudi seperti bagaimana orang Yahudi mengingkari perintah Tuhan walaupun sebahagian besar Rasul dan Nabi adalah dari kalangan kaum itu.
Allah SWT melalui wahyunya dalam Al-Quran telah menggambarkan sifat buruk orang Yahudi yang zalim, membuat kerosakan di muka bumi, dan memusuhi bangsa lain, terutama sekali kaum Muslimin.
22 sifat buruk bangsa Yahudi seperti yang disebut di dalam Al-Quran:
  • Keras hati dan zalim (Al-Baqarah: 75,91,93,120,145,170; An-Nisa: 160; Al-Maidah: 41)
  • Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran: 110; An-Nisa: 55)
  • Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah: 82)
  • Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am: 20)
  • Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran (Al-Baqarah: 75,91,101,140,145,211; Ali Imran: 71,78; An-Nisa: 46; Al-Maidah: 41)
  • Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah: 76,101,120,146; Ali Imran: 71)
  • Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah: 87,101,120,146; Al-Maidah: 41)
  • Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran (Al-Baqarah: 91,99; Ali Imran: 70)
  • Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah: 171)
  • Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran: 71)
  • Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah: 76; Ali Imran: 72,119)
  • Hati mereka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)
  • Kuat berpegang pada semangat kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah: 94,111,113,120,135,145; Al-Maidah: 18)
  • Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa: 53)
  • Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 90,105,109,120)
  • Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah: 90,95,96,212)
  • Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah: 100,246,249 Ali Imran: 183,184; An-Nisa: 46)
  • Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah: 204,246; Ali Imran: 72; An-Nisa: 46)
  • Mengada adakan perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran: 24,94,183,184; Al-Maidah: 41)
  • Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 206,212,247)
  • Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran: 75,76; At-Taubah: 34)
  • Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran: 64)
p/s: Jika ada orang Islam yang bersifat seperti orang Yahudi, kata dosen saya “Penggal je kepala mereka itu jika mereka tidak mahu bertaubat”. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari sifat-sifat ini dan apabila kita sudah mengenali sifat-sifat mereka ini, maka berjaga-jagalah kerana segala bukti telah Allah jelaskan di dalam al-Qur’an.
Tuesday, February 14, 2012 0 comments

Pesanan Syeikh Ahmad Yassin (1938-2004) Kpd Pemuda Dan Pemudi

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung. Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

p/s: Sama-samalah kita muhasabah diri…:’(

Thursday, February 9, 2012 0 comments

Ngeri - Wanita Cangkul Kepala Suami

Maria Savez telah dapat mencium berita suaminya mempunyai hubungan sulit dengan pembantu rumah keluarganya. Dia melihat  mereka berdua-duan di dalam bilik. Maria pun berlari kedalam garaj dan mengambil cangkul dan terus menyerang suaminya serta menghayunkan cangkul itu ke kepala suaminya itu. Cangkul itu bersarang di kepala suaminya.

Suaminya telah di kejarkan ke hospital selepas kejadian itu. Pembedahan itu mengambil masa selama 6 jam dan dia dalam keadaan stabil. Dia menjalani kehidupan macam biasa selepas sembuh.




The moral of the story: “Don’t keep the axe at home if you want to have romance with your housemaid.” 

Huhuhuhu...Isteri-isteri yang baca post ni harap tak meniru aksi kejam macam ni kalau dapat tau suami anda curang. Sabaq noooooo... 

Sumber: http://funkydowntown.com/
Friday, February 3, 2012 0 comments

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna!

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim 


3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;