Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Tuesday, September 27, 2011 0 comments

JAIS Tegas Tak Keluar Tauliah Kepada Ahli Politik

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tegas dengan keputusannya untuk tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik yang mahu berceramah atau menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di negeri itu.
Pengarahnya Marzuki Hussin berkata JAIS tidak akan berkompromi walaupun ada pihak yang meminta supaya perkara itu diteliti semula.

Tindakan untuk tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik itu adalah selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid dan surau tidak dijadikan tempat berpolitik, katanya kepada pemberita, di Shah Alam hari ini.


"Mereka (ahli politik) boleh memohon tetapi jawatankuasa tauliah akan mempertimbangkan mengikut peraturan sedia ada sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku.


"Popular tidak popular tidak timbul sebab sesiapa yang memohon tauliah kita akan ikut peraturan biasa," katanya yang ditemui pada Majlis Aidilfitri di Bangunan Sultan Idris Shah.


Mengulas mengenai hasrat beberapa pemimpin PAS Selangor yang ingin menemuinya berhubung perkara itu, Marzuki berkata Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abdul Rani Osman dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad telahpun menemuinya semalam.


Katanya kedua-dua pemimpin PAS itu meminta Jais menimbang semula perkara tersebut, namun seperti yang dimaklumkan sebelum ini jabatan berkenaan tetap dengan keputusannya.


Khalid sebelum ini didakwa menyampaikan tazkirah tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang, pada 16 Ogos lalu.


Marzuki pada sidang akhbar 15 September lalu mengesahkan anggota parlimen itu akan didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Enakmen Jenayah Syariah 1995.


Mengikut peruntukan seksyen itu, mana-mana pihak yang mengajar tanpa tauliah boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.


- Bernama

 
Antara yang pernah ditahan oleh JAIS adalah salah seorang penceramah
yang saya minati yaitu Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

p/s: Perlukah kita taat pada Sultan? Sehingga ada setengah2 tempat membaca doa khusus kepada Sultan sampai kepada cucunda dan kaum kerabat mereka. Ini semua DOA MENGAMPU!
Sunday, September 18, 2011 0 comments

Wajib Guna Logo Halal JAKIM

Mulai 1 Januari depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuatkuasa 1 November.

"Bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baru kerana selepas tarikh 1 Januari, logo halal sedia ada adalah terbatal.

"Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ismail Sabri berkata bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim.

Bagi barangan yang diimport pula, pihak yang memasarkan barangan itu boleh mendapatkan perakuan atau sijil halal melalui 53 badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

"Semua pihak terbabit dinasihat membuat permohonan awal menerusi Majlis Agama Islam negeri masing-masing kerana Jakim sudah memberi kuasa kepada semua majlis agama Islam negeri bagi melicinkan proses permohonan," katanya.

Dianggarkan 1,500 termasuk premis perniagaan seperti restoran, gerai, hotel dan pihak industri seperti kilang tidak menggunakan logo halal dari JAKIM.

Sumber: BERNAMA

p/s: Jadi semua kena amik cakna ok? HANYA logo Halal JAKIM saja yang sah...
Thursday, September 8, 2011 0 comments

Perangkap Yahudi Memurtadkan Gadis Melayu Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah banyak kita dengar cerita pasal murtad. Pihak gereja merancang sesuatu supaya umat islam terus tersesat. Mereka merancang pelbagai cara supaya umat islam murtad. Mereka telah berjaya menarik ramai gadis melayu masuk Kristian. Banyak cara mereka gunakan untuk memurtadkan orang Islam terutama golongan remaja. Salah satu sebab juga kita tidak berDOA atas kesejahteraan dan keselamatn aqidah saudara-saudara
 kita. Artikel ni saya salin 100% supaya tak lari dari artikel sebenar.

1.. MEMIKAT


Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama.


Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembutan tingkah laku anak-anak gadis kita ini.


Antara ungkapan yang sering digunakan adalah..
“Adakah semua anak-anak gadis Melayu begitu ayu dan sopan?”, “Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”, “Saya tertarik dengan tingkah laku awak”. “Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;