Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Sunday, January 30, 2011 0 comments

Isteri Dibelasah Suami

KUALA LUMPUR: Seorang isteri beranak enam patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam.Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Suami mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberi wang untuk membeli dadah. Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empat hingga 17 tahun.

RAWAT...mangsa kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan stabil. 
Abang mangsa yang datang ke rumah mangsa kira-kira jam 7 malam terkejut apabila mendapati adiknya tidak mampu berdiri dan hanya berbaring di atas lantai serta cedera di seluruh badan. Berikutan itu, dia meminta izin suami mangsa yang berada di rumah untuk membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Abang mangsa, Zakaria Hussin, 60-an, berkata, pasangan suami isteri itu pernah bergaduh, tetapi kejadian hari ini (semalam) paling teruk. “Dalam pergaduhan sebelum ini, adik saya enggan membuat laporan polis kerana terlalu sayangkan suaminya itu tambahan pula memikirkan nasib enam anak mereka sekiranya bercerai. “Tetapi kali ini, laporan polis akan dibuat,” katanya.

Katanya lagi, adiknya kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan berada dalam stabil. Difahamkan, suami mangsa adik seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan model yang pernah merakamkan album dan berlakon beberapa drama serta menjadi model syampu jenama terkenal.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Sumber: Harian Metro
Monday, January 24, 2011 0 comments

Keutamaan Taubat & Orang-Orang Yang Bertaubat Dalam Al-Qur'an

Tentang dorongan dan anjuran untuk bertaubat, Al Qur'an berbicara:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al Baqarah: 222).
Maka apakah darjat yang lebih tinggi dari pada mendapatkan kasih sayang Rabb semesta alam?

Dalam menceritakan tentang ‘Ibadurrahman’ yang Allah SWT berikan kemuliaan dengan menisbahkan mereka kepada-Nya, serta menjanjikan bagi mereka syur
ga, yang di dalamnya mereka mendapatkan ucapan selamat dan mereka kekal di sana, serta mendapatkan tempat yang baik.
Saturday, January 15, 2011 0 comments

Hak Suami Lebih Utama Dari Orang Tua

Islam memerintahkan untuk menyampaikan hak kepada yang berhak dan melarang untuk menahan atau mengganggu hak orang lain. Hak dalam berkeluarga, ketika semua orang mengetahui haknya masing-masing dan hak orang lain atasnya. Maka tidak akan ada lagi konflik dan kekerasan dalam rumah tangga.

Ketika anak perempuan telah dewasa dan dinikahkan dengan seorang laki-laki, maka orang tuanya harus merelakan puterinya untuk berkhidmat kepada suami.

Ketika hak suami dan hak orang tua datang pada waktu yang sama, manakah yang harus didahulukan? Maka hak suamilah yang wajib diutamakan dan harus didahulukan dari pada hak yang lainnya. Rasulullah s.a.w bersabda:

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا لِمَا عَظَّمَ اللَّهُ مِنْ حَقِّهِ عَلَيْهَا

Maksudnya: “Kalaulah aku berhak memerintah seseorang untuk bersujud kepada orang lain, maka aku akan memerintahkan wanita untuk bersujud kepada suaminya karena Allah telah mengagungkan hak suami ke atasnya.” (HR Ahmad dan Baihaqi)

Hak Allah adalah hak yang paling utama dalam semua hak, dan setelahnya adalah hak suami ke atas isteri kerana Rasulullah s.a.w menjadikan hak suami ke atas isteri setelah hak Allah ke atasnya, dan sujud tidak boleh dilakukan kecuali hanya kepada Allah.

Saidatina ‘Aisyah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

أَيّ النَّاس أَعْظَم حَقًّا عَلَى الْمَرْأَة ؟ قَالَ : زَوْجهَا . قُلْت : فَعَلَى الرَّجُل ؟ قَالَ : أُمّه

Maksudnya: “Hak siapakah yang paling utama ke atas wanita? Beliau bersabda: (Hak) Suaminya. Aku (Aisyah) bertanya: Dan ke atas lelaki? Beliau bersabda: Ibunya.” (HR Ahmad dan An-Nasaie dan disahkan oleh Al-Hakim)

Pada hadis diatas telah dijelaskan bahawa hak suami adalah paling utama ke atas wanita/isteri dan hak ibu adalah paling utama ke atas lelaki. Kemudian setelah itu, barulah hak-hak yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;