Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Monday, August 30, 2010 0 comments

Jangan Kahwin Dengan 6 Jenis Wanita Ini

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nunjuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tunjukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


---Oleh Imam Al-Ghazalli---Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin :)
Monday, August 9, 2010 0 comments

Aku Manusia Yang Lupa

Isteriku..

Dengarlah isteriku, aku menulis derita ini ketika kamu sedang terbaring tidur memeluk bantal, di pipimu terdapat kesan air mata yang baru kering, di dahimu terdapat rambut yang hujungnya basah kerana air mata…. Secara diam-diam aku berbaring disisimu, mengusap rambutmu ke belakang, dan menyapu air matamu.., lalu aku mencium dahimu dan memelukmu.., lalu aku menangis...

Mungkin semenjak kita berumah tangga ini, kamu dapati aku sukar melayanmu dengan baik.., kesibukkan aku dengan urusan sendiri membuatkan kamu seorang isteri hilang tempat melepaskan penat dalam pelukkan kasih sayang.., malahan kesemua salahmu yang kecil juga membuatkan jurang antara kita semakin jauh.., namun hari ini, segala kesabaranmu telah datang menyelubungi diri aku lalu membangkitkan rasa kesal yang amat sangat kerana di dalam hati ini, tiba tiba muncul perasaan bersalah yang amat sangat...

Dan dengan perasaan bersalah itulah aku kini datang kepadamu, dan memelukmu dengan penuh kasih sayang..

Dalam diri aku berkecamuk fikiran tentang segala perlakuan kasar aku terhadapmu wahai isteriku. Sewaktu kamu ambil masa yang tidaklah lama untuk bersolek agar pandanganku terjaga, tapi aku merungut dan membentak.., Aku memarahi dirimu kerana tidak mengenakan sarung kaki, walaupun kamu telah memberitahu bahawa sarung kaki ada di dalam kereta, dan akan memakainya dari dalam kereta.., aku tetap memarahimu kerana bagiku, keluar rumah harus bersarung kaki.., sedang jarak kereta hanya satu meter depan rumah..

Aku malu pada diri ini, kerana sentiasa menemui kesilapanmu.., aku marah marah sewaktu kamu tidak memakai anak tudung (sedang sudah memakai tudung diluar) kerana aku kuatir jika tudung kamu jatuh, kamu tidak ada anak tudung, padahal kamu hanya keluar menyiram pokok bunga dalam rumah yang berpagar...

Pada waktu serapan, aku juga menemui kesilapanmu, kamu memasak lambat, lauk nasi sejuk, teh tarik tak kelat dan sebagainya, kamu hanya tunduk meminta maaf dan sewaktu aku ingin pergi kerja kamu melambai tangan dan berkata “jaga diri baik-baik” tapi dahiku berkerut, kerana melihat kamu yang mengenakan tuala sebagai tudung sementara, lalu aku menjerit‘”tutup rambut betul-betul !”

Di pejabat, kamu cuba menelefon aku bertanya khabar, tapi aku merungut supaya tidak diganggu kerana sedang sibuk padahal aku hanya berborak dengan kawan akan isu remeh temeh..,

Pada waktu petang, berulang lagi perkara seperti itu, sewaktu aku sampai, aku melihat kamu sedang menjemur kain lalu aku memarahimu di depan anak-anak jiran-jiran kerana kamu berlengan pendek..., ketika minum petang aku masih merungut tentang dosamu yang akan aku tanggung kerana tidak menjaga aurat. Aku juga merungut jika kamu bersolat lewat, sedangkan kamu sudah memberi alasan tertidur kerana keletihan mengemas rumah..., lalu aku menimbulkan cerita tentang api neraka.., dan kamu diam tidak berkata apa-apa..

Ingatkah kamu sewaktu aku membaca buku di malam hari diruang tamu?, kamu datang dengan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? waktu itu aku sibuk membaca dan tidak peduli pada kamu, dan kamu cuba berkata sesuatu, lalu aku yang tidak suka diganggu ketika membaca menyergah” Apa yang kamu mahu?”.

Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkulku dengan kuat-kuat lalu mencium pipiku. Tangan kudusmu dengan kelembutan yang diberikan Tuhan dalam dirimu merangkul erat badanku lalu setelah beberapa ketika, kamu meleraikan kembali pelukkan itu, dan kamu pun pergi kebilik tidur meninggalkan aku seorang diri diruang tamu.., di bahuku, aku melihat ada kesan air mata..

Tiba tiba buku yang aku baca terjatuh dan aku berasa cemas sekali.

Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari kesalahan?, kebiasaan mencari kesempurnaan?, merungut tentang masakan yang tak sedap?, berdengus jika masak lambat?, memarahi isteri kerana berlengan pendek menjemur baju di halaman rumah yang berpagar?, memarahi isteri yang solat lewat kerana tertidur? Memarahi isteri yang tidak pakai sarung kaki ke kereta?

Kadang kadang aku membandingkan kamu dengan kakakku yang sempurna dimataku, malahan lebih teruk, aku bandingkan dirimu dengan anak nabi Fatimah r.aha, sedangkan kamu isteriku.., oh.., aku tahu hatimu telah lama terluka… inikah hadiahku kepadamu sebagai suami?.

Semua itu kulakukan, bukanlah kerana aku tidak menyayangimu, melainkan aku sangat takut tentang azab api neraka yang disediakan untuk suami yang tidak menjaga isterinya dengan betul.., tapi aku terlalu berburuk sangka padamu, menuduhmu yang bukan-bukan, menyoal yang bukan-bukan, mempertikai kasih sayangmu padahal kamu isteriku, banyak sekali perkara yang baik dan yang lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hati wanitamu ternyata mencukupi luas sekali, seluas cakerawala.

Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Dan membiarkan air mata mengalir tanpa perlu kepada sebarang penjelasan, sedangkan kamu, telah dibesarkan oleh ibu bapamu dengan penuh kasih sayang.., sampai masa aku datang mengambilmu sebagai isteri lalu membawa pulang ke dunia yang asing bagimu, dan disini, aku menyakiti hati sucimu itu..

Malam ini, aku datang menyapu rambutmu yang basah, dan malam ini, dalam kegelapan sebegini, aku berlutut di sisi katilmu, menangis pada syurga diwajahmu.., dan aku cukup malu pada diriku sendiri dan aku menangis lagi….hanya kamu yang berada difikiranku. Dan aku telah datang kepadamu, dan kini, aku telah berada dalam dakapanmu. .., maafkanlah aku...

Aku sendiri tak sempurna macam Saidina Ali, macam mana boleh mengharap isteri sehebat Fatimah anak Nabi..?, Aku sendiri sedih kerana telah menyakiti hati seorang anak perempuan orang lain yang telah 20 tahun hidup bahagia bersama kelurga, tapi bila hidup bersamaku untuk 40 tahun akan datang, tidur malam terpaksa pula berteman air mata..

Tetapi mulai esok, aku akan berubah.., aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang suami yang terbaik untukmu, Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita, dan tertawa apabila kamu tertawa. Lidahku akan ku tahan, kalau aku ternampak salahmu, aku akan bersangka baik, kerana kamu masih muda, masih sedang belajar menjadi seorang isteri..., dan aku menyesal kerana melayan kamu seperti kamu seorang yang faham selok belok ugama, sedangkan kita semua, masih perlu belajar menjadi manusia yang baik, hingga ke liang lahadpun, pelajaran itu belum habis.., apatah lagi di gerbang rumahtangga?..oh

Sekarang ketika aku memelukmu, dan kamu yang sedang lena dibuai mimpi juga secara tidak sedar membalas pelukkanku.., meringkuk dan keletihan di sebalik wajah sucimumu. Aku menangis malu..

Kelmarin kamu masih anak gadis yang diajar agama oleh ibumu dan kamu masih belajar.. hari ini kamu menjadi isteriku dengan rela, aku telah menuntut terlalu banyak.. terlalu banyak !!!!!

Aku malu pada diriku. Maafkan aku wahai isteriku. Esok, kamu tidak akan menangis lagi. Abang cinta dan sayang padamu.., sampai hujung nyawa...


Akhir kata:-

“Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya dan aku(Rasullullah SAW) adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tabrani)

Janganlah seorang laki-laki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti ridha (senang) dengan perangainya yang lain. (HR. Muslim)

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Friday, August 6, 2010 0 comments

Orang-Orang Yang Didoakan Malaikat


Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya" (Al Anbiyaa', ayat 26-28)

Inilah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat:

1. Orang Yang Tidur Dalam Keadaan Bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini disahihkan oleh Sheikh Al-Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang Yang Duduk Menunggu Solat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah sayangilah dia'" (Sahih Muslim no. 469)


3. Orang-Orang Yang Berada Dalam Saf Hadapan Ketika Solat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan" (hadits ini disahihkan oleh Sheikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang-Orang Yang Menyambung Saf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam sof). Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;