Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Friday, January 8, 2010 0 comments

Lomborghini Reventon Limited Editon















Lomborghini Reventon Limited Edition!
Hanya 20 buah sahaja dikeluarkan setiap tahun!
Tuesday, January 5, 2010 2 comments

Journey to Padang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T yang telah memberikan kesempatan kepada saya untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran setelah 2 hari 1 malam berada di Padang sempena Lawatan Silaturrahim dan Sambutan Tahun Baru anjuran Kelab UMNO PekanBaru bersama teman-teman hampir 50 orang pada 31hb Disember 2009 hingga 1hb Januari 2010.

Kami berkumpul di Konsulat Malaysia Pekanbaru sebelum bertolak ke Padang dengan menaiki bas ekspress parawisata (executive) dan dijangka sampai ke Padang pada jam 8.00 pagi WIB.

Pada jam 4:15 pagi kami berhenti solat Subuh di hentian R & R dan sarapan pagi.
Jam 10:00 pagi kami selamat tiba di Asrama Bhakti Bunda, Padang. Tempat kami menginap selama 1 malam.
Di sebelah petangnya kami ziarah ke Pariaman di mana tempat paling dahsyat berlakunya gempa bumi.





Kemudian Kelab UMNO Pekanbaru telah memberi sedikit sumbangan kepada ketua kampung sebagai wakil mangsa-mangsa gempa bumi yang memerlukan bantuan ini.

Di sebelah malamnya, kami telah menghadiri Majlis Silaturahim dengan pelajar-pelajar Malaysia di Padang dengan mengadakan makan malam dan Sambutan Tahun Baru 2010 bersama-sama.



Pada keesokan harinya kami ke Danau Meninjau dan Bukit Tinggi untuk melihat alam ciptaan Allah yang indah dan membeli-belah di sekitarnya.



Ku sangkakan dunia ini luas, rupa-rupanya kecil sahaja. Sahabat se'maahad' aku temui di Padang. Lama tidak bersua dengan Abd Hadi dan kami rancak berbual mengenai hal masing-masing. Walaupun hampir 5 tahun tidak bersua muka, namun keakraban kami masih terserlah. Perghhh!!!

Setelah selesai semuanya...kami pun bersiap untuk bertolak ke Pekanbaru dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar Padang kerana sudi menemani kami sepanjang perjalanan kami ke Padang. InsyaAllah, jika ada kesempatan waktu dan umur masih panjang, kami akan datang menerjah Padang yang begitu indah dan nyaman. Inilah ciptaan Tuhan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;