Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Sunday, October 11, 2009 0 comments

Waktu Gempa Di Padang Menyamai 3 Nas Al-Quran


SEGALA kejadian di muka bumi ini adalah ketetapan Allah SWT. Demikian pula dengan musibah gempa yang berlaku di Padang, Sumatera. Kebetulan juga waktu terjadi musibah itu dengan kaitan surah dan ayat yang ada hubungannya dalam kitab suci al-Quran al Karim.

Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).

Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).

Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya. Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera. Mengenai azab Allah kehancuran dan kematian serta kaitannya dengan hidup mewah dan derhaka.

Dengan pelbagai kebetulan yang Allah SWT sampaikan ketika musibah itu, Allah jelas hendak mengingatkan kita. Apakah ia sekadar kebetulan di sebalik rahsia kejadian tanpa mengandungi pengajaran? Apakah mesej Allah itu akan mengubah kita agar lebih berhati-hati dan taat perintah dan menjauhi larangan-Nya? Mungkin kita tidak peduli atau mentertawakan seperti kaum Musyrikin Quraisy mempersendakan risalah disampaikan kepada Rasulullah SAW? Semua terpulang kepada kita.


Manusia bukan makhluk tunggal di muka bumi ini. Manusia bersama makhluk lain yang juga memiliki hak sama untuk dapat hidup mengikut sunnatullah yang ditetapkan Allah SWT. Walaupun alam dengan isinya mungkin ditundukkan oleh manusia dengan ilmu pengetahuan, tidak bererti alam harus tunduk kepada manusia.

Alam tetap patuh dan pasrah (Islam) kepada Allah. Alam dengan segala isinya memiliki kehidupan sendiri. Harus disedari, kita dan alam memiliki hak yang sama untuk mengabdikan kepada Allah, tentu saja dengan cara sendiri. Sebenarnya sesama makhluk Allah, kita harus dapat harmonikan kehidupan dengan alam. Jika tidak, berlaku ketegangan, pertembungan dan saling menghancurkan. Antara yang perlu kita perhatikan disebut al-Quran tasbih bumi iaitu bumi juga makhluk Allah yang sentiasa bertasbih kepada Allah. Orang bertasbih menyucikan Allah daripada segala perbuatan yang tidak sewajarnya.

Kata Subhanallah yang selalu kita lafazkan selepas solat bererti Maha Suci Allah dengan segala sifat dan perbuatan-Nya. Ilmuwan Muslim, Zaghlul an-Najjar, dalam bukunya Shuarun min Tasbih al-Kainaat Lillah (Ketika Alam Bertasbih) menyatakan: Al-Quran menegaskan langit dan bumi dapat berbicara, menangis dan berasa sakit serta pedih.

Riwayat daripada Nabi SAW yang menjelaskan makna Surah al-Zalzalah, ayat 3, yang mengatakan: Pada hari itu bumi menceritakan. Baginda bertanya: Tahukah kamu beritanya? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.' Baginda berkata: Sesungguhnya berita ia (bumi) bersaksi atas hamba atau umat yang berada di atasnya. Ia (bumi) berkata, melakukan ini pada hari ini, begini dan begitu. (Riwayat at-Tirmizi).


Amat mengelirukan jika kita menganggap bumi sebagai benda mati yang tidak memberi reaksi terhadap apa yang dilakukan manusia di muka bumi ini. Jelas bahawa bumi tempat kita berpijak selalu bertasbih dan berdialog kepada Allah SWT.

Bumi menyucikan Allah dan memuji-Nya dengan cara yang tidak kita ketahui. Apakah akan terjadi jika manusia yang hidup di muka bumi ini tidak bertasbih kepada Allah. Betapa seksanya bumi menampung manusia kufur, berdosa, bermaksiat dan melupakan Allah. Bumi berasa berat dan menanggung beban yang tidak tertahan kerana dipijak manusia yang derhaka dan berdosa.

Gempa adalah reaksi bumi. Kita memerlukan pendekatan teologi dan spritual. Gempa membuat manusia sedar bahawa selain manusia, langit dan bumi berserta apa yang ada di dalamnya juga makhluk Allah yang memiliki hukum dan kehidupannya sendiri. Bumi agak marah kepada manusia yang tidak pernah tersedar, kufur, dan ingkar kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban (yang dikandungnya), dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini?) (Surah al-Zalzalah : 1-3)
Saturday, October 3, 2009 0 comments

Kisah Ngeri!


Pada 30/9/2009 jam 5.15 petang waktu Indonesia, telah berlaku satu gempa bumi di kawasan sumbar(sumatera barat) iaitu Padang dan daerah sekitarnya. Gegaran kuat dalam 7.2 skala rekter menyebabkan banyak bangunan musnah dan ramai nyawa yang terkorban.

Di Pekan Baru juga terasa gegarannya, menyebabkan aku dan rakan-rakan segera berlari keluar dari rumah. Kot-kot apa jadi kan. Aku merasakan gegaran itu. Pertama kali dalam sejarah hidupku merasakan gegaran gempa bumi yang membuatkan aku pening kepala yang teramat sangat. Gegaran selama 1 minit 30 saat itu menyebabkan hampir 400 orang maut di Padang dan kawasan sekitarnya.

Alhamdulillah, di Pekan Baru tidak ada apa-apa yang berlaku. Kami semua selamat. Syukur pada Allah S.W.T.
0 comments

Teknologi: Remaja Guna Laman Web Sosial Pamer Populariti Diri

Facebook adalah rangkaian laman sosial paling popular
di Malaysia sehingga mencapai 6.2 juta pengguna


LAMAN web rangkaian sosial yang muncul seperti 'cendawan tumbuh selepas hujan' kini menjadi antara gaya hidup ‘wajib’ dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Tanpa disedari, kebanyakan pengguna laman seperti ini turut menghabiskan tempoh waktu yang agak lama bagi mereka melayari dan menggunakan semua kemudahan yang disediakan untuk berkomunikasi dengan rakan masing-masing.

Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Sementara itu, laman Friendster pula mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.
Fenomena ini memberi kesan mendalam dalam kehidupan masyarakat sehingga ada yang menjadikan membuka laman web sosial ini sebagai rutin awal sebelum melakukan aktiviti harian yang lain.

Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini pengguna laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini maklumat dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon bimbit seperti penggunaan iPhone dan Blackberry.

Daripada jumlah itu, tidak dapat dinafikan bahawa golongan kanak-kanak dan remaja adalah antara pengguna majoriti rangkaian sosial terbabit.
Mereka biasanya menggunakan kemudahan itu untuk menonjolkan diri masing-masing di kalangan pengguna Internet dan rakan masing-masing di sekolah.

Malah, ada yang berlumba-lumba untuk menambah bilangan rakan kenalan untuk membuktikan ‘kepopularan’ masing-masing di kalangan rakan, walaupun mereka sebenarnya tidak mengetahui bahaya yang menanti jika keadaan itu dibiarkan.

Ibu bapa pula pastinya ‘pening kepala’ dengan kegilaan anak masing-masing terhadap rangkaian sosial ini dan sebagai penjaga mereka perlu bertanggungjawab ke atas segala kegiatan mereka.

Ada beberapa panduan yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk memastikan anak masing-masing dapat menggunakan rangkaian sosial berkenaan dengan selamat dan beretika.

Bertindak wajar

Menghalang anak anda daripada melayari laman sosial kegemaran mereka sama seperti menghentikan kehidupan sosial mereka.

Jika bertindak terlalu melindung, ia akan menutup sama sekali komunikasi kanak-kanak serta remaja, dan ia akan mengheret mereka menyertai ‘pergerakan rahsia’ yang lebih terdedah kepada risiko.

Justeru, adalah lebih baik anda mengawal dan memantau penggunaan laman sosial anak-anak secara wajar dan konsisten bagi memastikan mereka tidak melanggar etika ketika bersosial.

Berbual dengan mereka mengenai cara penggunaan perkhidmatan itu

Bantu anak-anak memahami garis panduan keselamatan asas mengenai penggunaan rangkaian sosial seperti melindungi privasi (termasuk penggunaan kata laluan), tidak mengganggu rakan sebaya dengan perbuatan yang melampau, jangan sama sekali berbicara mengenai seks dengan orang yang tidak diketahui dan mengelak daripada bersemuka dengan rakan dalam talian yang tidak pernah dikenali.

Selain itu, sebagai ibu bapa anda juga boleh memantau apa yang ditulis oleh anak-anak di dalam laman web kerana apa saja yang diletakkan pengguna di dalam talian boleh dicapai, diubah dan digunakan oleh orang tidak bertanggungjawab.

Menyokong pemikiran kritikal dan sikap yang baik

Tiada perisian khusus undang-undang atau kawalan ibu bapa yang dapat membantu membangunkan sikap yang baik mengenai keselamatan dan perhubungan sosial, selain daripada bantuan ibu bapa sendiri.

Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang agresif terhadap rakan sebaya atau orang tidak dikenali di laman sosial lebih terdedah untuk menjadi mangsa jenayah dalam talian.

Justeru, didik mereka untuk menjadi pengguna dan rakyat yang baik bukan saja di dalam talian malah ketika mereka berada di luarnya.

Pertimbangkan penggunaan Internet dalam trafik yang tinggi di rumah

Ini bagi membantu anda sedar mengenai penggunaan dalam talian mereka.
Menerusinya, anda boleh menggalakkan keseimbangan antara masa mereka menggunakan perkhidmatan itu dan aktiviti lain seperti akademik, sukan dan masa sosial.

Perlu diketahui juga bahawa ada banyak cara untuk kanak-kanak mengakses Internet di luar rumah termasuk telefon bimbit dan peranti permainan.

Jika boleh, kawal penggunaan peralatan terbabit sebaik mungkin kerana ia mungkin menghabiskan tempoh masa anak-anak daripada aktiviti lain.

Berkongsi profil atau blog

Cuba dapatkan anak-anak berkongsi profil dan blog mereka dengan anda, tetapi perlu menyedari mereka boleh memiliki pelbagai akaun dalam pelbagai perkhidmatan laman sosial.

Gunakan enjin carian dan alat carian lain dalam lama rangkaian sosial untuk mencari nama penuh, nombor telefon dan maklumat pengesanan lain.

Anda bukan menceroboh privasi mereka jika anak-anak meletakkan maklumat peribadi mereka di tempat umum dalam talian.

Jika profil atau blog mereka adalah bersifat persendirian, ia adalah sesuatu yang baik, namun adalah lebih baik jika mereka berkongsinya dengan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;