Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Sunday, August 23, 2009 0 comments

Ahlan Ya Ramadhan!


Ramadhan telah tiba buat kesekian kalinya. Moga Allah memanjangkan umur kita agar kita mampu bertemu dengannya. Moga kita dimasukkan ke dalam golongan manusia yang keluar dari Ramadhan lalu diampunkan dosa-dosa mereka.

Saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian tulisan Dr. Raghib Sarjani yang baru saya baca kelmarin. Ia menyingkap tentang empat peristiwa yang berlaku pada bulan Sya’ban tahun kedua hijrah (sebulan sebelum Ramadhan pertama umat Islam). Keempat-empat peristiwa tersebut amat berkait rapat dengan tabiat dan matlamat pembinaan sebuah ummah yang kuat. Empat peristiwa tersebut adalah:

  • Pensyariatan puasa di bulan Ramadhan (Al-Baqarah: 183)
  • Pensyariatan perincian zakat (At-Taubah: 103)
  • Kewajipan mengangkat jihad senjata (Al-Baqarah: 190)
  • Penukaran qiblah dari Masjid Aqsa ke Masjidil Haram (Al-Baqarah: 144)

Keempat-empat peristiwa ini berlaku di bulan yang sama (Sya’ban tahun kedua hijrah) sebagai satu persiapan untuk umat Islam menghadapi satu peristiwa besar yang berlaku pada bulan seterusnya iaitu perang Badar Kubra (17 Ramadhan tahun kedua Hijrah).

Perang Badar adalah peperangan yang benar-benar menguji kekuatan umat Islam. Ia adalah peperangan yang besar dan menjadi lonjakan baru bagi umat Islam. Getirnya peperangan ini boleh difahami dari doa Rasulullah s.a.w. yang berdoa di medan peperangan: “Ya Allah, jika musnah kelompok Islam ini nescaya Kamu tidak akan lagi disembah di atas muka bumi.”

Untuk menghadapinya Allah telah melakukan tapisan dan saringan. Perang Badar hanya disertai oleh 313 orang sahabat r.a. yang benar-benar bersedia. Mereka adalah kelompok sahabat yang terbaik menurut ramai ulama’.

Untuk menghadapinya juga Allah telah mengkhususkan sesuatu hanya untuk umat Islam iaitu puasa Ramadhan dan penukaran kiblah ke Masjidil Haram. Dua peristiwa ini membezakan umat Islam dari umat yang lain. Umat Islam tidak cukup dengan puasa Asyura kerana orang-orang Yahudi juga berpuasa Asyura. Begitu juga tidak berpada dengan berkiblatkan al-Quds kerana agama lain juga ada yang berkiblatkan al-Quds. Dua peristiwa ini melahirkan tamayuz dan memberikan umat Islam identiti yang istimewa. Dengan identiti baru ini umat Islam berasa cukup bangga dan mulia seterusnya melahirkan keyakinan diri yang amat tinggi untuk berhadapan dengan apa juga ujian dan cabaran.

Puasa dan ibadah di bulan Ramadhan pula telah mentarbiah para sahabat r.a. dan meninggikan martabat mereka. Sesungguhnya matlamat Ramadhan adalah takwa itu sendiri. Allah berfirman yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Bahkan zakat itu juga bertujuan untuk menyucikan jiwa demi mengangkat martabat mereka. Allah berfirman yang maksudnya:

“Ambillah harta dari orang kaya mereka sebagai satu sedekah untuk membersihkan dan menyucikan jiwa mereka dengannya.” (At-Taubah: 103)

Dengan kekuatan dalaman itulah umat ini bangun. Jasad yang gagah semata-mata tidak akan mampu ke mana-mana tanpa tolakan dalaman yang kuat.

Demikian kita melihat rentetan peristiwa yang berlaku sejak bulan Sya’ban hingga ke Ramadhan tahun kedua hijrah; kesemuanya tersusun melahirkan umat yang benar-benar gagah dan disegani oleh musuh-musuhnya. Moga kita dapat menghayatinya.

Ya Allah terimalah puasa dan qiam kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Kurniakanlah kami Lailatul Qadar. Amin Ya Rabb...

Monday, August 17, 2009 0 comments

Remaja Ditembak: Satu Kejadian, Pelbagai Cerita

Kenyataan saksi utama kes kematian remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis - Azamuddin Omar yang juga penumpang pada awal pagi kejadian 26 April lalu menyebabkan versi yang didakwa oleh polis menjadi pertikaian.


Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang memaklumkan kepada pemberita berhubung apa yang berlaku pada kejadian itu, sebelum ini, berkata tindakan remaja berkenaan untuk bercakap kepada wartawan adalah 'tidak beretika'.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga beranggapan tindakan Azamuddin itu sebagai tidak wajar.

Malaysiakini membandingkan kenytaan polis berhubung kejadian itu dengan cerita beberapa saksi termasuk oleh Azamuddin.

ADENGAN KEJAR


Versi polis: Khalid (bawah) memberitahu Utusan Malaysia bahawa dua anggotanya mengesan sebuah lereta Proton Iswara di Seksyen 14, Shah Alam dalam keadaan mencurigakan.


Katanya, pemandu kereta itu tidak mengendahkan isyarat p[olis supaya berhenti tetapi sebaliknya memecut. Tindakan itu menyebabkan polis mengejar dengan bantuan dua anggota lain dengan sebuah kereta peronda yang lain.

New Straits Times melaporkan polis berjaya menahan kereta itu selepas ia melanggar beberapa lampu isyarat.

Panel yang diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman
Yusop, semalam mengesan laluan kereta itu yang didakwa mereka dikejar sepanjang 6 km dari Seksyen 7 ke Seksyen 11.

Versi saksi: Pada sidang medianya, Azamuddin mendakwa mereka dalam perjalanan ke restoran Ali Corner di Seksyen 7 di Shah Alam bagi membantu seorang rakan yang tayar motorsikalnya pancit.

"Bagaimanapun ketika dalam perjalan
an kereta mereka bergesel dengan sebuah kereta lain

dan menyebabkan Aminulrasyid menjadi panik. Dia bercadang untuk pulang ke Seksyen 11,” katanya.


Kata Azamuddin (kanan), beberapa lelaki bermotosikal yang dipercayai rakan pemilik kereta yang mereka gesel sedang mengejar mereka.


Dalam laporan polisnya selepas kejadian itu, saksi berkenaan berkata beberapa penunggang motosikal cuba mengejar mereka berhampiran Bulatan Kayangan di Seksyen 12.

Penunggang motorsikal itu dilapor berlanggar bahagian belakang kereta Iswara Aminulrasyid dan jatuh.

"Aminulrasyid semakin takut dan memecut tanpa menghiraukan keselamatan mereka mahupun orang ramai,” katanya dalam laporan.

ADENGAN TEMBAKAN

Polis: "Apabila tiba di tempat kejadian, polis melepaskan tembakan pada tayar bagi memaksa kereta itu berhenti. Kereta itu terbabas di tepi jalan,” kata Khalid.

Katanya lagi, hanya seorang anggota yang melepaskan tembakan dan empat tembakan dilepaskan, satu menepati kepala Aminulrasyid.

Saksi: Semalam, Azamuddin dipanggil polis untuk memberi keterangan buat kali ketiga dan diminta untuk mengesahkan sama ada tembakan terakhir dilepaskan sebelum atau selepas kereta itu berlanggar.


"Polis mengejar kami sehingga stesen petrol Caltex dan mula menembak," kata Azamuddin.

Remaja itu berkata polis melepaskan tembakan pada tayar kereta di hujung laluan antara Jalan Tarian dan Jalan Wau, yang lebih kurang 500 meter dari rumah mangsa hingga menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dan terbabas.

Sebutir peluru menepati kepala remaja berusia 14 tahun itu.


Sumber: Malaysiakini.com
Saturday, August 15, 2009 0 comments

Cinta Dan Perkahwinan


Suatu Pagi Yang Dingin, Terjadilah Satu Perbualan Antara Seorang Guru Falsafah Dan Pelajarnya...


Pelajar: Guru, Apakah Erti Cinta..?Bagaimanakah Saya Boleh Mendapatkannya...?

Guru: Ada Sebuah Ladang Gandum Yang Luas Didepan Sana. Berjalanlah Kamu Dan Jangan Sesekali Kamu Berundur. Kemudian Ambillah Satu Ranting. Sekiranya Kamu Mendapati Ranting Tersebut Sangat Menakjubkan, Ertinya Kamu Telah Menemui Cinta.

Pelajar Tersebut Pun Berjalan Dan Tidak Berapa Lama Dia Kembali Dengan Tangan Yang Kosong.


Guru Bertanya: Mengapa Kamu Tidak Membawa Sebatang Ranting Pun...?

Pelajar Menjawab: Saya Hanya Terpaksa Memilih Satu Ranting Saja, Dan Sewaktu Berjalan Saya Tidak Boleh Mengundur Kebelakang Semula. Sebenarnya Saya Telah Berjumpa Dengan Satu Ranting Yang Paling Menakjubkan Tapi Saya Tak Tahu Apakah Yang Akan Menakjubkan Di Hadapan Sana Nanti, Maka Saya Biarkan Ranting Itu Lalu Saya Dapati Tidak Ada Lagi Ranting Yang Paling Menakjubkan Selain Daripada Yang Saya Lihat Tadi. Jadi Saya Tidak Mengambil Sebatang Pun Akhirnya.

Gurunya Menjawab: Ye, Itu Lah Cinta...


Dihari Lainnya Pula Pelajar Tersebut Bertanya Kepada Gurunya, Apa Itu Perkahwinan...?

Guru: Ada Hutan Yang Subur Didepan Sana. Berjalanlah Kamu. Tapi Janganlah Kamu Sesekali Mengundur Kebelakang. Tebanglah Sepohon Pokok Saja. Dan Tebanglah Jika Kamu Merasakan Bahawa Pohon Tersebut Adalah Yang Paling Cantik,Segar Dan Tinggi, Kerana Kamu Telah Menemukan Apa Itu Perkahwinan.

Pelajar Tersebut Pun Berjalan, Dan Tidak Berapa Lama, Dia Datang Semula Dengan Membawa Sepohon Kayu, Walaupun Pohon Tersebut Tidaklah Berapa Segar, Cantik Dan Tinggi Pada Pandangan Guru Tersebut.


Maka Gurunya Pun Bertanya: Mengapa Kamu Memotong Pohon Seperti Ini....?

Pelajar Itu Menjawab: Sebab, Berdasarkan Pengalaman Ku Sebelum Ini, Aku Hanya Berjalan Separuh Daripada Hutan Tersebut Dan Aku Takut Akan Kembali Dengan Tangan Kosong. Jadi Saya Mengambil Kesempatan Menebang Pohon Ini Lalu Dibawa Kesini. Pada Pandangan Saya Ianya Adalah Pohon Yang Terbaik Buat Saya. Saya Tidak Mahu Kehilangannya Atau Menyesal Kerana Tidak Memilihnya...

Maka Guru Itu Menjawab: Itulah Perkahwinan.


Kesimpulannya... Janganlah Terlalu Memilih, Tiada Manusia Yang Sempurna Di Dunia Ini.

Kalau Dah Dapat Yang Rasa Macam Ok Jer Tu.. Rembat Je Cepat..

Lepas Tu, Cepat-Cepat Kumpul Duit Kahwin Dan Langsungkan Perkahwinan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;