Sila klik link di bawah ini. Terima kasih :)

Dengarkanlah...

Saturday, May 30, 2009 2 comments

Fakta Sejarah Yang Disembunyikan



1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara.. akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa..

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat perniagaan terkenal, startegik dan ..

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar, termasuk kedai kopi Haji Karim Kubang Ulu, Kedai kopi paku lima Penanti untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas itu..

FEB 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Pulau Pinang..
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana..

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.
Thursday, May 7, 2009 0 comments

Anwar: Ekonomi Malaysia Kini Retak Dan Bakal Berkecai

Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, pengumuman oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan.
"Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

"Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini.

Najib pada Rabu lalu mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan, hasil permintaan dalam dan luar negara yang lebih kukuh.
'Malaysia paling lembap di rantau ini'

Namun, menurut Anwar, pengumuman itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.
"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," katanya.
Tambahnya lagi, ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura.

"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.

"Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.

Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.

"Kalau sebelumnya di antara tahun 1
991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas.

"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.

"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi.
Sumber: Malaysiakini
0 comments

Rahmat Allah

Pendek je statement ni...tapi banyak makna dalam diri kita.
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila Allah Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu.

Bila Allah Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi
keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup
mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;